Monday, December 29, 2008

Hijrah?

Sedang saya driving pulang dari program di Bandar Tun Razak, saya dikejutkan dengan satu insiden yang saya rasa malu sangat. Dalam perjalanan ada 3 buah motor dengan 6 budak melayu yang melilau-lilau di traffic light. Teragak seperti something will happen, dalam sekelip mata cermin kereta kenari di belakang saya dipecahkan dan handbag direntap keluar.
Saya pintas motor tadi dengan kereta saya mengharapkan motor itu jatuh. Malangnya kereta saya terlalu besar untuk terus mengejar motor tadi. Walaupun saya membunyikan hon berkali-kali namun dalam keadaan sesak, saya takkan mungkin dapat mengejar mereka. Saya turun dari kereta dan saya pastikan pemandu wanita yang menjadi mangsa itu selamat. Manalah tahu kot2 dalam keadaan terperanjat mangsa tak mampu memandu kereta ke balai..

Banyak kali cerita ragut di traffic light yang saya dengar tapi kejadian hari ini berlaku dengan disaksikan mata saya sendiri. Malu, geram dan marah membuatkan saya bersedia membelasah mereka sekiranya saya berjaya memintas mereka tadi..

Amat memalukan sekali.. keenam-enam mereka adalah MELAYU!!! Kepada semua pemandu kereta, beringatlah..letakkan handbag anda di bawah seat. Kejadian ragut semakin parah sekarang kerana mereka berani melakukan apa sahaja.

Kejadian di petang Maal Hijrah ini seolah-olah satu tamparan yang terlalu hebat buat saya. tersentak sejenak..
Siapa yang bersalah?

Andainya hudud tidak dicela...

Thursday, December 25, 2008

Countdown 2008


2008 tinggal beberapa hari lagi dan 2009 bakal menjelma. Banyak yang berlaku membuatkan kita semakin matang dan tabah menghadapi masa depan. Bagi saya, kehidupan perlu diteruskan. Seandainya kematian yang kita nanti-nantikan, saat itu nanti kita akan merasa bahawa masa untuk menghadapi kehidupan semakin singkat. Waktu itulah segala penyesalan akan terbit dari hati kerana banyak perkara masih belum kita lakukan. Belum merasa berpasangan, belum merasa kekayaan, belum merasa kesenangan, belum merasa berpijak di negeri orang, belum mampu berdakwah, belum mampu mengumpul bekalan untuk mati, belum mampu menghasilkan kejayaan untuk dihadiahkan pada ibu ayah, belum mampu mendidik anak2 menjadi anak soleh, belum mampu membelai ibu yang masih hidup..

Terlalu banyak yang belum kita LAKSANAKAN. Bila menanti kematiankah kita baru terhegeh2 melaksanakan semuanya?

2009, apa yang belum kita laksanakan, inilah tahunnya kita BERMULA..

SELAMAT DATANG 2009-TAHUN CABARAN MENCAPAI SASARAN

Tuesday, November 25, 2008

Skrip Hidup

GM pernah berkata:- 'kalau nasi campur najis jadi apa?'
Ia tetap akan menjadi najis. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang negatif walaupun sedikit, ia akan mencacatkan dan memusnahkan yang positif. Contohnya begini..

Untuk menyeberangi sebuah longkang kecil, kita akan berhenti seketika. Menganggarkan jarak dan kita melangkah. Kita berjaya melangkah. Tetapi apa yang berlaku sekiranya kita perlu melangkah longkang yang sebesar 3 kaki ? Lepas atau tak lepas? Itu yang bermain-main di minda kita kan? Adakalanya kita tidak melepasi longkang dan terjatuh ke dalamnya.. adakalanya kita berjaya melangkah longkang itu. Mengapa?
Sebelum melangkah biasanya kita menganggarkan, lepas... tak lepas? lepas.. tak lepas? apabila ada yang negatif (tak lepas) ia telah mempengaruhi yang positif (lepas). Dan akibat rasa yang kurang yakin itulah kita terjatuh ke dalam longkang.

Ramai yang menganggap bahawa kehidupan merupakan apa yang sudah tertulis dan tersurat. Tidak ramai yang mengatakan bahawa sekiranya berlaku kejayaan, itu adalah kebetulan. Biasanya mereka dengan berbangga mengatakan itu adalah usaha keras yang mereka lakukan. Tetapi apa berlaku sekiranya gagal?
Hampir semua manusia menyalahkan takdir..sedangkan kegagalan banyak berlaku disebabkan kita tidak berusaha keras menjayakannya..

Menurut pakar psikologi, setiap individu mencipta skrip kehidupan masing-masing. Maksudnya dalam kehidupan sebenar, kita adalah pencipta skrip bagi diri kita sendiri. S.S Tomkins mengenalpasti 2 jenis skrip penting dalam kehidupan manusia.
  • Skrip Komitmen
  • Skrip Nuklear

Skrip Komitmen

Kita mengikatkan diri kepada satu jadual yang mampu menghasilkan ganjaran-ganjaran yang lumayan dan positif. Apabila kita mempunyai skrip komitmen, kita mempunyai objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Kita akan bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai apa yang kita cita-citakan.

Skrip Nuklear

Ia dipenuhi oleh rasa serba salah, bimbang dan tidak yakin dengan matlamat hidup. Skrip ini melibatkan konflik antara mahu dan tidak mahu, yakin dengan tidak yakin, antara takut dan berani serta bermacam-macam konflik.

Selain skrip kehidupan, faktor dalaman merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan. Abraham Maslow pakar psikologi yang yakin setiap manusia ada harga diri dan maruah yang perlu dimuliakan. Beliau yakin setiap manusia berupaya menjadi seorang yang hidup mulia. Dalam diri kita ada 5 jenis fitrah keperluan :-

  1. keperluan fisiologi (jasmani: makanan, udara, tidur, air dan sebagainya)
  2. keperluan berasa selamat dan aman
  3. keperluan sosial (merasa disayangi dan dicintai)
  4. keperluan estim (ingin dihargai, diperlukan, dihormati dan dimuliakan)
  5. keperluan self-actualization (merealisasikan apa yang dicita-citakan)

Skrip hidup banyak ditentukan oleh DIRI KITA SENDIRI. Oleh itu, kita perlu yakin untuk melakukan yang terbaik. Tidak perlu ada keraguan yang bakal merosakkan skrip hidup kita. Apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita. Berfikirlah secara waras, sebaik-baiknya dan tidak salah melakukan sedikit kajian sebelum keputusan diambil...

wassalam.

Saturday, November 22, 2008

Kami Nak Belasah

19 Nov 2008-saya terima sms dari bos:-
Tn Hj offer RM10k bg pemberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yg menghasilkan dan memasarkan kopi radix palsu. Mmg rasa nk jejak sehingga ke lubang cacing. Jom kita carik sama2. Sebarkan kepada semua pengamal Kopi Radix..

Jom Belajar Bekam





Thanx a million to bini bos- PJS Fatin. Sudi meluangkan masa mencurahkan ilmu kepada Sahabat Network. Bayangkan dengan RM50 anda bole menjadikan bekam sebagai salah satu skill merawat. Itulah hebatnya berada dalam HPA bersama Sahabat Network.

Friday, November 21, 2008

Teh Manjakani

Dalam sedih-sedih ni,bertimpa-timpa berita duka. Betullah kata orang, kalau cas kita negatif, kita akan lebih banyak menghasilkan cas-cas negatif sekiranya cas-cas ini tidak dineutralkan. Rasa macam nak menangis tp sbb tk sedih sgt, jadi tkde feel nk nangis. Saya cuba berkongsi dengan Fatin. Saranan Fatin mengejutkan saya. PIC PJS baru-baru ini, kami diberitahu oleh Tn Hj bahawa Teh Manjakani mampu membendung kesedihan..
Bergegas saya cari Teh Manjakani yang dah habis stok di Lembah Kelang. Kebetulan baru sampai di HPA Cawangan Gombak. Dapat je minum 2 sachet, hmm..kesedihan itu terus bertukar menjadi happy.. Alhamdulillah..
Cuba rasa Teh Manjakani + Kopi Radix.Hmm mmg sedap..

LaTahzan

Terbawa-bawa dengan apa yg terjadi. Namun segalanya sudah tersurat.. kalau sudsh tertulis itu bukan rezaki kita, jaga macam mana sekalipun ia tetap bukan rezeki kita.
Satu hari saya ke Wisma Kastam dengan harapan untuk servis line saya.Namun khabar yang saya terima membuatkan saya terpaksa berlari ke Perlis dengan harapan untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Terkilan yang amat sangat dengan sikap 'membujur lalu melintang sapu..'
Kronologinya begini, saya buat promosi di Wisma Kastam. Keahlian saya sponsor 50%. Ramai yang jadi ahli dan saya letakkan di bawah satu figure yg saya rasa mampu untuk dijadikan leader. Memandangkan kesibukan yang teramat sangat dengan promosi, saya hanya mampu membekalkan katalog sahaja.
Namun tanggapan saya salah. Kesilapan ini byk mengajar saya. Dlm saya mengumpulkan keahlian utk figure td, menyusun jaringan utknya, figure ini telah ke cawangan utk membeli barang.
Terkilan sekali apabila ada leader yang mencucuk utk mengisi borang sekali lagi walaupun telah diberitahu bahawa figure ini menjadi ahli.Akhirnya segala keahlian yang saya susunkan untuk figure td trmasuk terus ke jaringan leader td..
Sepanjang kesedihan itu saya berdoa semoga apa yang terjadi ada hikmahnya..
Amin.

Thursday, November 13, 2008

Ni lah Bos kita..


Salam.Tak ramai yang tau sape bos kita. Gambar ni kami ambil sewaktu PBC di Sabah. Apabila sebut saja Sahabat Network, ia menunjukkan bahawa kita berada di bawah jaringan bos, En. Hafidzan Faudzi. Memang langkah yang bijak bila kita ambil keputusan untuk berada di bawah bos.
Kalau ikut pengalaman saya, bos banyak membantu untuk membina jaringan kita. Bukan setakat idea, malah adakalanya urusan ke Sabah juga diuruskan oleh Bos. Buat semua yang baru jadi ahli, kenalilah bos dgn lebih dekat yee...
Insylh ada waktu, saya akan cerita lagi pasal bos kita.

Sunday, November 9, 2008

Jom Kumpul NilaiMata..

Rugi kalau tk ambil peluang yang HPA tawarkan. Rasanya kita tk perlu susah payah bukak kilang n ladang. Tak payah pikir langsung soal modal apatah lg menguruskan perniagaan ini. Yang penting kita pastikan semua sanak saudara, adik beradik,jiran-jiran menggunakan dan mengamalkan HPA.Insya Allah perniagaan ini akan terus kukuh. Sekukuh dan setanding perniagaan besar milik Yahudi..

Takbir!!!!

Moto Besar




Hui!! rasa gian sgt nk pakai moto besar balik.. Banyak moto besar ada kt KL skrg ni. Hari2 dok tgk smpai menitik2 airliur. Tkpe2 2009 target nak pakai moto besar balik. Rugi rasanya ada lesan moto besar tp awal2 dh resign..
Lagipun anak2 dh besar,bole kongsi skli minat yang sama.hehee..

Thursday, November 6, 2008

Abby,saya pun pernah rasa....

Terkesan dengan apa yang berlaku kepada pelakon Abby Abadi apabila beliau muncul dalam program Wanita Hari Ini tengah hari tadi. Sama dengan apa yang berlaku pada saya lebih kurang 5 tahun dulu. Cuba saya tahan airmata ini dari mengalir,tapi saya tk mampu.. saya pernah rasa apa yang Abby rasa. Hampir ada kesamaan..
Kepercayaan dan kebebasan pada suami, sehingga menggadaikan hak kita sendiri akhirnya bawa padah. Tk pernah ada rasa kesian pada isteri yang sggup bertungkus lumus membantu membina keluarga yang sempurna. kalau tkde rasa sayang pada isteri sekurang-kurangnya pikirlah anak-anak..Saya sokong tindakan Abby menarik diri terus dari perkahwinan. Untuk apa berlakon seolah-olah kita bahagia sedangkan kita terlalu menderita.
Kes ini mengingatkan saya pada kegagalan rumahtangga saya. Terlalu dekat kerana ia sama dengan kronologi saya..bercerai pada tahun ke tujuh perkahwinan pada usia yang hampir sebaya.

pada Abby, kita sebenarnya boleh terima orang ketiga sekiranya ia dilakukan dengan penuh diplomasi.Cuma kita terkejut apabila segala pengorbanan kita, tk sekelumit pun di kenang. Banyak keperluan kita yang tk mampu disempurnakan dan segalanya kita telan tanpa merungut.
Buat lelaki bernama Norman dan Sharon:-
mungkin kami tk mampu berikan kebahagiaan yang diimpikan. melepaskan ikatan perkahwinan ini bukan kerana cinta itu pudar tapi kerana kami terlalu cinta sehinggakan kami rela korbankan cinta kami demi kebahagiaan tersayang..

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya


Sempena aidilfitri yang mulia ni saya nak ambik kesempatan memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sepanjang perkenalan kita.Mudah2an kita semua berada dalam keadaan yang cukup sempurna, dalam jagaan Allah.Insya Allah

Saturday, September 20, 2008

hmmm...bz dengan tugasan harian.Memandangkan pagi ni ada masa terluang, rindu rasanya nak berkongsi pengalaman sepanjang bz2 ni..
Dah 2 hari kami di Kuak, bawak hati yang lara.Sengaja kami pilih lokasi yg jauh dari kerja. Terlanjur balik kampung kami memang nk bercuti sungguh2. Penat dgn tugas seharian, stress dgn perasaan dan tertekan dgn masa ternyata lokasi yg kami pilih ini tk silap.
Hilang segala stress bila kaki mencecah sungai.Seolah-olah segala yg terbuku mengalir deras sederas arus sungai. Ntah la.. kadang kala sukar untuk buang jauh apa yang terpendam sehingga ia akan sentiasa menghantui kita.
Apabila berada di dua persimpangan,jalan manakah harus kita pilih?
Andai kita mampu buang segalanya dari memori ini...
Andai rindu yang semakin sarat ini mampu ku hapuskan dari hati,
Andai segalanya tak pernah terjadi,
Masih mampukah aku berada di sini...

Monday, August 25, 2008

How To Success In Sales...

To be successful in sales, you have to have the right attitude:-
  • You have to think and feel success.
  • You have to develope the qualities that contribute to thinking and feeling this way; positive,optimistic,willing to do a little extra, be good at understanding and working with others and be desciplined.
  • You must be enthusiastic and persistent
  • You must associate with success-oriented people
  • You must know how to stay motivated and how to motivate others.

another practical aspect of success in sales is having goals and working towards them. Goals gives you sense of direction and keep you going. You can't expect to succeed overnight. You have to work hard to sell yourself and to build your organization before you start getting major returns..

Remember, hundreds of peoples who have succeeded on a large scale encountered many no's and failures too.

Apa yang perlu dibuat sekiranya anda dalam DILEMMA?

Adakalanya satu keputusan yang perlu kita ambil memerlukan masa untuk kita berfikir dengan tenang. Seandainya ia perlu diputuskan dengan segera, apa yang perlu diambil kira dahulu?

Sunday, August 24, 2008

DMP..here i come..hehe





Alhamdulillah berjaya jugak saya bawak 1 bas makan RFC..






RFC satu tuntutan Fardhu Kifayah






seronok tgk semua org mkn RFC. Rasa puas yang teramat sgt..





DMP ke SP





"As long as you don't forgive, who and whatever it is will occupy a rent-free space in your mind."


Makanan untuk Kecerdasan Minda

· Madu
Madu adalah makanan yang menjadi amalan di zaman Rasulullah saw. Madu merupakan makanan yang berkhasiat sehingga Al Quran mengiktiraf madu sebagai syifa’- penyembuh penyakit malah madu turut digelar Raja Ubat kerana kemujarabannya. Madu membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang yang juga berkesan merawat penyakit mental kerana mampu menghindari kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja.
· Susu segar
Terkenal dengan kalsium yang dibekalkan kepada tulang selain berguna untuk kesihatan otak,menguatkan ingatan dan memberikan tenaga fizikal dan mental. Susu mengandungi 3 elemen penting-air,keju dan lemak yang lengkap untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah penawar untuk menghindari dan menyelesaikan masalah lupa dan berkesan untuk memperbaiki penglihatan. Susu terbaik adalah susu kambing.
· Kismis
Kismis memberikan zat besi untuk pertambahan darah sebagai memastikan bekalan oksigen dapat disalurkan ke otak dengan mencukupi. Kismis dapat membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir.

Sebab itulah HPA membekalkan ketiga-tiga produk ini sebagai supplement lengkap untuk minda bukan sahaja anak2 tapi orang dewasa juga wajib mengamalkan MADU, SUSU KAMBING SEGAR DAN KISMIS agar kita dapat mengatasi masalah sindrom Pra-Nyanyuk serta PELUPA.
So, jgn lupa mengamalkan ketiga-tiga produk ini..

Maksud Kolesterol

Kolesterol tergolong dalam golongan lemak, salah satu komponen penting yang diperlukan tubuh. Hati manusia sebenarnya boleh menghasilkan lemak secara semula jadi. Kolesterol hanya terdapat pada haiwan, tidak pada tumbuhan.
Cara Mengurangkan Kolesterol Dalam Makanan
· Kurangkan pengambilan hati,paru,kepala udang dan kuning telur
· Kurangkan lemak haiwan, santan dan krim
· Kurangkan memakan makanan segera
· Makan lebih banyak buah-buahan,sayu-sayuran yang segar
· Ubah cara memasak
· Jaga diet seimbang anda

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Menurut hadis:-
1. Barangsiapa membaca ayat kursi sambil berbaring ti tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 malaikat utk memeliharanya sehingga subuh, memelihara rumahnya, jiran-jirannya dan segala yang ada disekitarnya.
2. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir setiap solat fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah sehingga solat yang lain. Allah akan menganugerahkan dia setiap hari orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta rahmat kepadanya dan tidak menegah daripada masuk syurga.
3. Barangsiapa membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, maka Allah utuskan 70,000 malaikat yang memohon keampunan dan doa baginya.
4. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir solat, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya seperti orang yang berperang bersama-sama nabi Allah sehingga syahid.
5. Barangsiapa membaca ayat kursi dalam kesempitan nescaya Allah berikan pertolongan kepadanya.

Thursday, August 21, 2008

Perjalanan ke Siam

Menemankan Maman dan Shina ke Siam pada 15-16 Ogos 2008. Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Siam- punya laaa ramai org Mlysia ke sana. Nasib baik kami ditemani seorg kenalan sebagai tourist guide. Bayangkan perjalanan yg begitu jauh, drive sepanjang perjalanan menaiki CRV Maman.. nasib ada 2 driver yg stndby dan kami bergilir-gilir.
Yg tergelaknya, salah seorang dr kumpulan kami pasportnya rosak sedikit terkena air hujan. Imegresen Thai byk songeh plak. Dh la beratur punya pjg, penuh ruangan cop passport. Dia minta kwn kami td masuk ke pejabat setelah punya lama dibelek2 pasport td. Tk smpai 5 minit kwn kami keluar dan ada endorsement utk teruskan perjalanan. Yg kelakarnya, passport tu tetap dibelek2 dgn byk songeh. Di belakang kami terlalu pjg org lain beratur menunggu giliran. Nth mcm mana setelah 10minit kami menunggu, terkeluarlah dr mulut tukang cop passport tu..”FIVE RINGGIT” !!! Kami punya tergelak, patut la belek punya belek. Kalau cakap awal2 10 ringgit pun boleh kami bg. Janji lepas..
Hehe..tk terpikir nk main sogok plak.

Monday, August 18, 2008

Jom Solat!

Ini sedikit panduan yg sy smpt copy.Jadikanlah panduan dan ingatan semoga kita akan menjaga solat kita..

Assalamua'laikum wr wb.........
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,

Rasulullah S. A. W.bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
"Wassalam."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Your dreams are important, right now --
they provide you with some valuable insight.

Friday, August 15, 2008

BAHAGIA DARI PERSPEKTIF SAYA


Kalau tanya apa maksud bahagia,mgkn pelbagai tafsiran yg kita terima. Bahagia begitu subjektif. Ada yg nampak mcm bahagia di mata kita tapi tuan punya diri sengsara, menderita. Semua bergantung pada hati.
Saya pernah merasa bahagia menjadi anak, isteri dan ibu. 21 tahun saya mmg bahagia jd anak sulung. Apa nak, semua dapat. Tk pernah kecewa. Paling besar apabila bapak belikan motor besar untuk saya ke kolej. Teramat bahagia..
Perkenalan kami bermula sewaktu belajar.Kami berada dlm jurusan yg sama-engineering. Bezanya sy Mechanical Eng dan dia Electrical Eng.Sebenarnya satu kombinasi yg cukup baik utk bisnes construction. Bayangkan apabila stp hari sy berdoa agar tdk terkahwin dgn cina sbb dlm kelas,sy seorang sahaja perempuan yg lain lelaki cina..
Kemudian melangkah setapak lagi ke alam bahagia menjadi isteri.3 thn perkenalan, kami berumahtangga. Kali ini bahagia lebih berganda sbb byk benda boleh dikongsi bersama. 5 thn awal perkahwinan kami segalanya bahagia.manis dan indah. Tk pernah dijangka terjadi sesuatu yg buruk pada rumahtangga kami. Akur dan setia pada suami, sy korbankan motor besar sy dan sy mula bertudung.
Thn ke6, rumahtangga kami bergegar dan thn ke7, bahagia bukan milik sy lg..
Kalau sblm ini sy belum kuat utk berkongsi apa yg tersimpan padat dlm hati ini. Nth.. mgkin apa yg sy alami trlalu pahit sehingga tiada kata2 yg mampu mmbygkan apa yg pernah trjadi. Hampir 4 thn berlalu barulah sy dpt menyusun kepahitan itu dlm bentuk ini.
Mgkn kehidupan sy skrg lbh bahagia dan tenang.
Perspektif bahagia yg cukup berbeza.
Dlm masa 4 thn ini,byk yg sy pelajari. Kepada En Hafidzan, Fatin n family,terima kasih byk2 kerana kehidupan hari ini byk sy pelajari daripada kalian. Andai Allah pertemukan kita di awal pergolakan rumahtgga sy, mgkin ia dpt diselamatkan. Tp Ftn selalu kata, Allah aturkan yg trbaik utk kita. Klw Allah tk izinkan sesuatu tu trjadi psti ada hikmahnya. Kpd Abg Rumzi,tnpa abg, ati tkde tpt nk menangis.thnx sbb abg sabar mendengar dan memberi nasihat. Kpd Abg Zamri, thnx sbb byk ketawa di kala ati byk menangis. kpd Rosni, kyati harap sgt Rose teruskan perjuangan.thnx sbb byk nangis sama2 ngn kyati. Kepada Syerin,thnx sbb ambk Ron dr Rad.Kalau tk, I would never reach the top. Untuk Nazirah,walaupun kita baru kenal,mcm ada chemistery utk jd my business partner.
Kepada Amri dan Izzati, ibu sayang anak2 ibu.Ibu tgglkan kalian bukan sbb ibu tk syg, tp ibu nak bagi segala-galanya mcm ibu pernah dpt dulu.Bezanya cuma ibu sorang yg kena crk duit.
Kpd Mak, kakak tk mmpu nk luahkan dlm bntuk kata2. trlalu byk mk berkorban utk kakak dan last but not least, to GM yg byk beri sokongan sehingga kehidupan sy benar2 berubah. GM, I tk pernah trpk utk terjun dlm marketing. I byk belajar utk terus kuat dan kukuh dlm hidup ini drpd u..

Sepanjang 4 thn ada rumah tp tkde tgga ni, lbh byk sebenarnya org yg sayang kita dan lbh ramai org yg bole kita sayang. Lebih tenang dan gembira sbb dendam akan buat kita lebih sakit. Sy lebih suka memberi ruang dan laluan utk org bahagia dan gembira. Mencintai tdk semestinya memiliki. Mungkin zahirnya kita memiliki tp kita tak tahu samada hatinya kita miliki.
Sy kurang percaya pd perkahwinan. 3 pinangan dh sy tolak baru2 ini. Seorang masih setia menunggu peluang drpd sy. Mungkin pengalaman lepas buat sy serik. Sy tdk mahu sebarang komitmen yg boleh mengongkong sy utk teruskan perjuangan ini. Sukar juga bila terpaksa membahagikan masa dan kasih syg. Ambillah pengajaran sebalik pengalaman sy. Hargai bahagia yg dh ada..jgn sia2kan org yg menyayangi kita sbb bila kita kehilangan kasih syg, merasa sakit kehilangan itu tk mampu kita buang sampai mati.
Luka disakiti mugkin boleh sembuh tp parut tetap kekal selamanya.

Bos selalu tanya, “yati bila nk kahwin?” Jawapan sy, kilang dh kena sita..heheheh.
Saya lebih bahagia kini….
Kata-kata sahabat inilah yg buatkan sy bangkit dari setiap kejatuhan:-

Allah tk pernah ambik matahari terus drp kita.. sbb bila Allah ambik matahari Dia tetap bg kita pelangi.

Semoga Allah berikan rahmat kpd Ron. Anak2 sentiasa doakan kebahagiaan dan ketenangan utk awk..

Berehat Di Syurga Bukan Di Dunia

  • Di dunia adalah tempat kita bekerja bagi menyara kehidupan. Setelah penat bekerja barulah berehat untuk kita mendapatkan tenaga yang baru.
  • Namun begitu dunia bukanlah tempat untuk kita berehat dengan berpeluk tubuh sahaja. Dengan berfikir, berusaha dan bekerja keras akan beroleh kesenangan hidup.
  • Orang yang kuat bekerja untuk ibadah dan kehidupan di dunia akan mendapat kurniaan di akhirat dengan syurga sebagai ganjaran. Di situlah kita akan berehat dan bersenang-lenang, bukannya di dunia.

Mudah-mudahan perjuangan kita ini bersama HPA bukan sekadar bekerja untuk menyara hidup kita dan keluarga, tetapi merupakan 1 perjuangan untuk berehat dalam syurga Allah. Amin...

MAHA 2008




Amat seronok apabila kami berpeluang menaiki tram yang di buat begitu menarik daripada traktor angkut kelapa sawit yang membawa kami dari tempat letak kereta sehingga ke tapak pameran. Memang cukup besar kawasan MAHA2008. Memadai berpusing 1 dewan,perut anda kekenyangan merasai setiap sample yang disediakan oleh setiap booth.
Sambutan begitu di luar jangkaan. Kami jangkakan tidak begitu ramai pengunjung kerana masa dan hari bekerja. Hmm..jangkaan kami meleset apabila Dewan D yang menempatkan kami sentiasa penuh dengan pengunjung.

Yang datang ke booth kami kebanyakan sudah tahu kejayaan HPA merangkul 2 anugerah.

Monday, August 11, 2008

satu perkongsian bijak




Sejarah Hari Ini


Gambar ini merakam seribu pengertian. Mudah-mudahan penangan PBC Uniten bakal melahirkan leader baru seperti Nazirah dan Syerina.
Insya Allah..
Perjuangan perlukan pengorbanan
Pengorbanan perlukan kekuatan
Kekuatan perlukan teman
Semoga kita sentiasa ditemani Allah
Untuk mati sebagai pejuang
Ya Allah,
Berikanlah kami kekuatan.
Amin....

Friday, July 11, 2008

Budak ni kena import khas dari Sabah. Bos sponsor semua tambang pegi balik. Sebenarnya PJM Hafidzan nak bagi pendedahan yang cukup pada jaringan Sahabat Network, Papar supaya Rosni boleh ceritakan pengalaman dia apabila menyaksikan sendiri pelancaran kilang cola serta merasa sendiri RFC. Bak kata Tn Hj Ismail- seeing is believing. sayangnya tak dpt pegi Perlis je.. Insya Allah next week terbukak la hati Bos nk sponsor pi Perlis lak!!Amin...

Thursday, July 10, 2008

RFC

last saturday on d 5th july 08, saya bawak anak-anak, mak, adik-adik n downline menjamu selera di RFC. berbaloi sangat2 walaupun kena beratur almost 1 hour..di sebabkan orang ramai sangat, saya malas nak beratur lagi.jadi kami ambik keputusan untuk terus beli bekalan makanan untuk dinner. nama je untuk dinner, kami makan semua untuk lunch tu...

mmmm...menitik air liur..

sedap sangat!!! so, jangan lepaskan peluang untuk jadi pendukung HPA.

Saturday, June 28, 2008

hanya kau yang mampu


Ku cuba redakan relung hati

Bayangmu yang berlalu pergi

Terlukis di dalam kenangan

Bebas bermain di hatiku


Cerita tentang masa lalu

Cerita tentang kau dan aku

Kini tinggal hanya kenangan

Kau abadi di dalam hatiku


Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati

Derita yang mendera kapan akan berakhir

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku


Cerita tentang masa lalu

Cerita tentang kau dan aku

Kini tinggal hanya kenangan

Kau abadi di dalam hatiku


Harusnya takkan ku biarkan kau pergi

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati

Derita yang mendera kapan akan berakhir

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku


Aku cinta ooohhhhhh

Aku cinta oooooooo

Aku cinta ooohhhhhh

Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati

Derita yang mendera kapan akan berakhir

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhhAku cinta oooooooo

Aku cinta ooohhhhhhAku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku ooooo

[Hanya Kau Yang Mampu on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

PBC BONGAWAN @1