Ia tetap akan menjadi najis. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang negatif walaupun sedikit, ia akan mencacatkan dan memusnahkan yang positif. Contohnya begini..
Untuk menyeberangi sebuah longkang kecil, kita akan berhenti seketika. Menganggarkan jarak dan kita melangkah. Kita berjaya melangkah. Tetapi apa yang berlaku sekiranya kita perlu melangkah longkang yang sebesar 3 kaki ? Lepas atau tak lepas? Itu yang bermain-main di minda kita kan? Adakalanya kita tidak melepasi longkang dan terjatuh ke dalamnya.. adakalanya kita berjaya melangkah longkang itu. Mengapa?
Sebelum melangkah biasanya kita menganggarkan, lepas... tak lepas? lepas.. tak lepas? apabila ada yang negatif (tak lepas) ia telah mempengaruhi yang positif (lepas). Dan akibat rasa yang kurang yakin itulah kita terjatuh ke dalam longkang.
Ramai yang menganggap bahawa kehidupan merupakan apa yang sudah tertulis dan tersurat. Tidak ramai yang mengatakan bahawa sekiranya berlaku kejayaan, itu adalah kebetulan. Biasanya mereka dengan berbangga mengatakan itu adalah usaha keras yang mereka lakukan. Tetapi apa berlaku sekiranya gagal?
Hampir semua manusia menyalahkan takdir..sedangkan kegagalan banyak berlaku disebabkan kita tidak berusaha keras menjayakannya..
Menurut pakar psikologi, setiap individu mencipta skrip kehidupan masing-masing. Maksudnya dalam kehidupan sebenar, kita adalah pencipta skrip bagi diri kita sendiri. S.S Tomkins mengenalpasti 2 jenis skrip penting dalam kehidupan manusia.
- Skrip Komitmen
- Skrip Nuklear
Skrip Komitmen
Kita mengikatkan diri kepada satu jadual yang mampu menghasilkan ganjaran-ganjaran yang lumayan dan positif. Apabila kita mempunyai skrip komitmen, kita mempunyai objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Kita akan bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai apa yang kita cita-citakan.
Skrip Nuklear
Ia dipenuhi oleh rasa serba salah, bimbang dan tidak yakin dengan matlamat hidup. Skrip ini melibatkan konflik antara mahu dan tidak mahu, yakin dengan tidak yakin, antara takut dan berani serta bermacam-macam konflik.
Selain skrip kehidupan, faktor dalaman merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan. Abraham Maslow pakar psikologi yang yakin setiap manusia ada harga diri dan maruah yang perlu dimuliakan. Beliau yakin setiap manusia berupaya menjadi seorang yang hidup mulia. Dalam diri kita ada 5 jenis fitrah keperluan :-
- keperluan fisiologi (jasmani: makanan, udara, tidur, air dan sebagainya)
- keperluan berasa selamat dan aman
- keperluan sosial (merasa disayangi dan dicintai)
- keperluan estim (ingin dihargai, diperlukan, dihormati dan dimuliakan)
- keperluan self-actualization (merealisasikan apa yang dicita-citakan)
Skrip hidup banyak ditentukan oleh DIRI KITA SENDIRI. Oleh itu, kita perlu yakin untuk melakukan yang terbaik. Tidak perlu ada keraguan yang bakal merosakkan skrip hidup kita. Apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita. Berfikirlah secara waras, sebaik-baiknya dan tidak salah melakukan sedikit kajian sebelum keputusan diambil...
wassalam.
No comments:
Post a Comment