Monday, December 29, 2008

Hijrah?

Sedang saya driving pulang dari program di Bandar Tun Razak, saya dikejutkan dengan satu insiden yang saya rasa malu sangat. Dalam perjalanan ada 3 buah motor dengan 6 budak melayu yang melilau-lilau di traffic light. Teragak seperti something will happen, dalam sekelip mata cermin kereta kenari di belakang saya dipecahkan dan handbag direntap keluar.
Saya pintas motor tadi dengan kereta saya mengharapkan motor itu jatuh. Malangnya kereta saya terlalu besar untuk terus mengejar motor tadi. Walaupun saya membunyikan hon berkali-kali namun dalam keadaan sesak, saya takkan mungkin dapat mengejar mereka. Saya turun dari kereta dan saya pastikan pemandu wanita yang menjadi mangsa itu selamat. Manalah tahu kot2 dalam keadaan terperanjat mangsa tak mampu memandu kereta ke balai..

Banyak kali cerita ragut di traffic light yang saya dengar tapi kejadian hari ini berlaku dengan disaksikan mata saya sendiri. Malu, geram dan marah membuatkan saya bersedia membelasah mereka sekiranya saya berjaya memintas mereka tadi..

Amat memalukan sekali.. keenam-enam mereka adalah MELAYU!!! Kepada semua pemandu kereta, beringatlah..letakkan handbag anda di bawah seat. Kejadian ragut semakin parah sekarang kerana mereka berani melakukan apa sahaja.

Kejadian di petang Maal Hijrah ini seolah-olah satu tamparan yang terlalu hebat buat saya. tersentak sejenak..
Siapa yang bersalah?

Andainya hudud tidak dicela...

No comments: