Saturday, February 28, 2009

Sunday, February 22, 2009

Thursday, February 12, 2009

Saya Politik Ke? Takdelah..

Saya terima komen berkenaan blog saya daripada seorang sahabat lebih kurang begini,
“sejak bila rad tukar jadi blog politik? Elok jgn masukkan bab politik sbb rad berniaga.kena universal.jgn dicap memihak parti tertentu.”

Pada saya, tidak pernah saya memihak pada mana-mana parti cuma saya terkilan dengan para pemimpin. Kerakusan dan salah laku berada pada semua pihak. Keliru dan bimbang senario ini boleh menggugat keselamatan kita semua. Apatah lagi pada anak-anak kita yang bakal menerajui masa depan.

Tujuan saya hanya ingin membuka sedikit minda kita yang agak leka. Apakah kita mampu membendung semua ini daripada ia berterusan sehingga ke generasi akan datang?

Bak kata seorang lagi sahabat :-
‘sokong yang ni pun rakus, sokong yang tu pun rakus. Nk sokong yang mana ek?’

Thanx RK..

Wednesday, February 11, 2009

An Important Message From GM (MIS)

Every membership form must enclose a copy of identification cards as it has been implemented by 1st January 2009. Applications without ic will be rejected.

Monday, February 9, 2009

Condolence To PJI Puan Norhayati Yunus (00002.MY01)

The beloved husband of PJI Puan Norhayati Yunus, Allahyarham En Abdullah has passed away yesterday at Unit Rawatan Rapi , Hospital Selayang. On Wed, 4th Feb 09 about 5 pm Tn Hj Ismail and wife together with PJS Hafidzan and PJS Rosmandi visited Allahyarham in ICU.

Al Fatihah

Sunday, February 8, 2009

Terhangat di pasaran

Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya selain susu ibu abgi Asid Gamma Linoleik (GLA) pelopor Prostaglandin. Setiap sel dan organ tubuh manusia bergantung kepada Prostaglandin 24 jam sehari. Wanita England telah mengamalkan EPO sejak 30 tahun yang lalu.

Antara khasiat EPO:-

ü Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat,muda berseri
ü Bermanafaat kepada kulit yang kering,tua atau berminyak.
ü Melegakan eczema dan alergi kulit.
ü Memperbaiki rambut kering dan rosak
ü Melegakan kulit kepala yang gatal
ü Menguatkan kuku
ü Memperbaiki kitaran haid
ü Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) seperti sakit kepala, sakit payudara,kesenakkan dan kekejangan perut serta iritasi
ü Mengurangkan symptom putus haid-panas badan, peluh,sejuk,kemurungan dan kekeringan faraj
ü Melegakan sclerosis
ü Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri
ü Mengurangkan radang sendi otot
ü Menguatkan system imun


GRAPESEED OIL SOFTGEL
Minyak Biji Anggur mengandungi OPC terbaik dan tertinggi dalam sumber semulajadi. OPC merupakan antioksida utama dan mempunyai kekuatan 50kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C.

Khasiat:-
ü Menghalang radikal bebas yang boleh merosakkan sel
ü Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel DNA manusia
ü Bertindak sebagai antioksida yang mudah diserap supaya dapat membantu sistem tubuh manusia
ü Berupaya menurunkan kadar LDL kolesterol
ü Meningkatkan keanjalan dan kekuatan salur darah
ü Pemangkin yang meningkatkan tahap sistem imunisasi tubuh
ü Kolagen untuk kulit yang sihat dan muda
ü Menghalang pembengkakkan dan radang
ü Melancarkan perjalanan darah
ü Mengurangkan gangguan ketahanan tubuh bagi wanita yang hampir menopause.
ü Mencantikkan kulit
ü Sesuai untuk ibu mengandung dan perkembangan janin dalam kandungan
ü Merupakan anti bakteria, anti virus dan anti kanser
ü Menghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah.


Minuman Roselle

Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vit C melebihi limau dan oren.

Khasiat:-

ü Anti penuan
ü Mencegh penyakit kardiovaskular
ü Mencegah kanser
ü Merawat demam panas dan selsema
ü Baik untuk meredakan stress dan insomnia
ü Meredakan resdung dan asma

D Campuca
Untuk masalah lender atau mucus dalam saluran pernafasan dan pencernaan

IMT
Antibody
Mengandungi herba hempedu bumi dan deep cleansing

Herba Jawi
Dihasilkan daripada misai kucing yang baik untuk masalah gout, buah pinggang dan batu karang



PBC JASIN






Saturday, February 7, 2009

BIADAPKAH?

Senario politik Perak sedikit sebanyak mencerminkan sikap kurang ajar dan tidak beradap parti politik yang memerintah Malaysia. Apakah agenda selepas kekalahan di Terengganu menyebabkan TPM begitu terdesak sehingga memaksa Institusi Beraja tunduk patuh pada pandangan beliau? Di mana letaknya DEMOKRASI? Walaupun saya menghormati PM dan TPM, tetapi saya amat kesal dengan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Seolah-olah hanya satu lakonan perjuangan yang tidak ikhlas kerana apa sebab sekalipun yang berlaku, ia memerlukan satu pilihanraya yang memberikan mandat pada rakyat untuk memilih. Adakah parti pemerintah percaya tidak ada lagi undi buat mereka sehingga sanggup melakukan sebegini. Keadaan sekarang seperti satu rampasan kuasa berlaku sebagaimana TPM terdesak merampas kuasa PM. Apakah ini boleh kita panggil biadap?

Begitu juga Karpal Singh yang dipanggil biadap apabila sanggup menyaman Raja Perak. Siapa yang akan membela nasib rakyat sekiranya para pemimpin sewenang-wenangnya memijak-mijak hak rakyat? Tanpa Karpal Singh kita mungkin bukan sahaja timun, tetapi tembikai yang hancur. Wajarkah Karpal Singh digelar biadap?

Kesal dengan sikap pemerintah Malaysia. Keliru. Contoh manakah yang harus diikuti oleh generasi anak-anak kita nanti?

How to consume HERBA TUJU ANGIN effectively


Mix 5 capsules of Herba Tuju Angin into a cup of hot water until it dissolves. The aroma of teja lawang helps to reduce stress. Stir it and pour a sachet of Kopi Radix into the mixture. Try to take 5 capsules with Kopi Radix before sleep every night as it helps digestion system very well.

It is compulsory to mix Herba Tuju Angin in hot water as it has to activate the contain of Teja Lawang named Minyak Asiri. Minyak Asiri will reduce angin. Without activation of Minyak Asiri, the consumption of Herba Tuju Angin has no positive result or maybe useless.

Ukhwah KPA- PJS and committee











Friday, February 6, 2009

i miss RADIX FRIED CHICKEN very much....



RFC will launch its second branch at Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana) on 7hb Feb 2009, 9.00 am by Menteri Besar Kedah Darul Aman.


Akui terima habuan seks, PKR pusat mahu Zul dipecat

ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.


IPOH: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye menggesa kerajaan negeri Perak memecat ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkan sebagai "sedekah."
Dr. Lee berkata, dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terlibat dalam skandal seks.
"Apabila sesuatu yang tidak senonoh ditawarkan anda seharusnya menolak tawaran itu," kata beliau selepas merasmikan kempen menderma darah di sini hari ini.
Kata beliau, Majlis Kerajaan Negeri juga wajar menggugurkan Zul daripada keanggotaan dalam Majlis Daerah Perak Tengah dengan segera sebaik apabila ia mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada PKR sendiri akan mengambil tindakan terhadap Zul yang juga ahli parti tersebut.
Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail baru-baru ini membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran Abdullah yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.
Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.
Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.
Ketika ditemui selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam, Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa "seks seperti menerima sedekah" dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Kelmarin, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan Zul bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan."
"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah,' katanya.
Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.
Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamarul Zaman Shaharudin menyebut, kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan.
Beliau berkata, perkataan "seks" adalah contoh bahasa yang mudah dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.
Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata: "Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah."
"Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah... boleh salah," katanya.
Katanya, perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.
"Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu)," kata Kamarul Zaman.

NOT GOOD IDEA TO BRING PEOPLE OF POOR QUALITY - MAHATHIR

Bernama - Thursday, February 5

KUALA LUMPUR, Feb 4 (Bernama) -- Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was not a good idea for Barisan Nasional (BN) to gain majority by bringing in people of poor quality.

He said this when ask to comment on the move by four assemblymen in Perak who left Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) and Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) who is also state assembly deputy speaker have declared their intention to become independent representatives while Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), who recently joined PKR, has returned to Umno.

Following this, the Pas-PKR-DAP alliance's majority in the 59-seat state assembly drops from 32 to 28 while BN's seats rose from 27 to 28. This afternoon, Deputy Prime Minister Datuk Najib Tun Razak said in a press conference that BN has enough state assemblymen to form the next government as the three independent have vowed to support BN.

Dr Mahathir said: "Two people are accused of corruption. If you bring in corrupt people before they are found not guilty that is not going to improve the quality of the party. You want to accept people who want to jump into your party you need to know the quality of the person also."

Jamaluddin and Osman have been charged with corruption and their cases are still pending in court.

Dr Mahathir also warned that if they were found by the court to be innocent after joining BN, people would say that there was manipulation of justice.

-- BERNAMA

Usually people would say-"orang jahat pasangannya dengan orang jahat" . So, is this what we want for the future of Malaysia?