Terkesan dengan apa yang berlaku kepada pelakon Abby Abadi apabila beliau muncul dalam program Wanita Hari Ini tengah hari tadi. Sama dengan apa yang berlaku pada saya lebih kurang 5 tahun dulu. Cuba saya tahan airmata ini dari mengalir,tapi saya tk mampu.. saya pernah rasa apa yang Abby rasa. Hampir ada kesamaan..
Kepercayaan dan kebebasan pada suami, sehingga menggadaikan hak kita sendiri akhirnya bawa padah. Tk pernah ada rasa kesian pada isteri yang sggup bertungkus lumus membantu membina keluarga yang sempurna. kalau tkde rasa sayang pada isteri sekurang-kurangnya pikirlah anak-anak..Saya sokong tindakan Abby menarik diri terus dari perkahwinan. Untuk apa berlakon seolah-olah kita bahagia sedangkan kita terlalu menderita.
Kes ini mengingatkan saya pada kegagalan rumahtangga saya. Terlalu dekat kerana ia sama dengan kronologi saya..bercerai pada tahun ke tujuh perkahwinan pada usia yang hampir sebaya.
pada Abby, kita sebenarnya boleh terima orang ketiga sekiranya ia dilakukan dengan penuh diplomasi.Cuma kita terkejut apabila segala pengorbanan kita, tk sekelumit pun di kenang. Banyak keperluan kita yang tk mampu disempurnakan dan segalanya kita telan tanpa merungut.
Buat lelaki bernama Norman dan Sharon:-
mungkin kami tk mampu berikan kebahagiaan yang diimpikan. melepaskan ikatan perkahwinan ini bukan kerana cinta itu pudar tapi kerana kami terlalu cinta sehinggakan kami rela korbankan cinta kami demi kebahagiaan tersayang..
No comments:
Post a Comment