Thursday, March 12, 2009

PEMILIK SUARA AZAN DI TV9


SIAPAKAH ANAK COMEL INI...

DUBAI - Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) Ke-12 yang berakhir di sini semalam.Apa yang lebih membangga- kan rakyat Malaysia ialah alhafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum. Dengan berbaju Melayu serta bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah di Ampang, Selangor kelihatan cukup gembira menerima ucapan tahniah daripada para pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains yang menjadi venue pertandingan itu di Al Mamzar. Muhammad yang mengambil masa tiga tahun bagi menghafal kitab suci al-Quran, menerima hadiahnya pada upacara berasingan beberapa hari lepas.Johan keseluruhan DIHQA ialah Yemeni Fares Al Aagam; naib johan, Noor Al Deen Al Younsi dari Libya dan tempat ketiga, Khalid Al Ainati dari Kuwait. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesona- kan'. Remaja yang sudah menghafal al-Quran sejak berusia tujuh tahun itu terhutang budi kepada bapanya yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi yang telah banyak mendorongnya untuk berjaya. Walaupun usianya masih muda, Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.
Tiga anak Kampung Baru terima anugerah khas Maulidur Rasul Selangor
09/03/2009 8:02pm
SHAH ALAM 9 Mac — Tiga anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini menerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2009 di sini hari ini.
Ketiga-tiga mereka adalah Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang menerima Anugerah Umar Abdul Aziz; Panglima 11 Briged Brig Jen Datuk Md Azman Rosli menerima Anugerah Khalid Al Walid sementara pensyarah di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Khalijah Mohd Salleh menerima Anugerah Saidatina Khadijah.
Selain mereka, seorang penuntut Tingkatan Dua di Sekolah Tahfiz Integrasi Darul Hikmah Ampang Selangor, Muhammad Ahmad Zahid menerima Anugerah Saidina Ali dan seorang penulis dan pendakwah bebas, Safwan Fathy @ Mohamad Banon Railan menerima Anugerah Imam Al-Ghazali.
Setiap penerima anugerah menerima wang tunai RM10,000, sepersalinan pakaian, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Stadium Malawati di sini hari ini.
Di PULAU PINANG, Imam Masjid Paya Keladi, Kepala Batas, Abdul Aziz Abdul Rahim, 73, dianugerahi Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang 2009 sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangannya menyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam di negeri ini. - Bernama
Kali pertama mendengar azan yang berkumandang di tv9, hati saya berdetik; anak siapa yang mampu mengalunkan azan sebaik ini? Kemudian nak dijadikan rezeki, beliau keluar lagi dalam program Mari Bertaranum dan akhirnya saya cuba menjejaki anak kecil ini..
Kebetulan pada waktu itu saya tercari-cari sekolah untuk anak saya yang sulung. Akhirnya saya berjaya menempatkan kedua-dua permata hati saya di sekolah ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa tidak sahaja bersekolah di sekolah biasa?
Saya kurang yakin dengan sistem pendidikan yang ada di negara kita. Saya sendiri berpengalaman menjadi guinea piq kepada sistem pendidikan. Kalau semasa zaman bahasa baku, kita masih lagi stabil . Kemudian daripada bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia kemudian tukar semula kepada bahasa Melayu dan akhirnya saya tak pasti Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Begitu juga dengan ejaan jawi yang banyak berubah. Akhirnya apabila Kementerian Pendidikan tidak lagi membenarkan rotan di sekolah, keadaan bertambah buruk. Masalah disiplin dan maruah serta jati diri tidak dapat dibentuk sejak kecil. Apatah lagi anak-anak saya hanya ada 1 ibu.
Dengan satu tekad, saya terpaksa mencari sekolah yang mampu membentuk anak-anak saya menjadi muslim sejati. Walaupun saya mengeluarkan belanja yang cukup besar setiap bulan, namun saya cukup berpuas hati dengan apa yang telah dipelajari oleh anak-anak saya di sekolah.
Pada masa yang sama anak-anak saya mampu menghafaz Quran sepenuhnya.
Dengan penuh rasa rendah hati, saya amat berterima kasih kepada seluruh penggerak DAR AL HIKMAH- Ustazah Sofea, Ustazah Amalina, Ustazah Fadzilah, Ustaz Luqman, Ustaz Muin, Ustaz Hamdin, Ustaz Ahmad, Kak Zah, Kak Mai, Teacher Shikin, Teacher Joanne, Azizi, Ustazah Wan, Ustaz Razif dan ramai lagi yang tak mampu saya nyatakan di sini. Semoga anak-anak saya juga mampu menjadi seperti adik Muhammad. Jazakallah...

No comments: