Saturday, January 10, 2009

Kalaulah..

Bukan sekadar doa [ tanpa menafikan kepentingan doa sebagai senjata mukmin ] , bukan sekadar demo [ tanpa menafikan pentingnya ummat menyatakan sikap dan menunjukkan perasaan ammarah mereka terhadap kekejaman Yahudi ] , bukan sekadar derma [ tanpa menafikan keperluan wang ringgit untuk membiayai perubatan dan keperluan makanan mereka yang terkepong di Gaza ] , bukan sekadar boikot [ tanpa menafikan kewajaran memboikot product Yahudi dan sekutunya Amerika agar lumpuh ekonomi mereka ] tetapi ...... lebih daripada itu mesti difikirkan agar tindakan kita memberi kesan besar yang mampu mendorong pengunduran Israel Alaihim Laknatullah .

Pun begitu , kalaulah seluruh ummat Islam benar - benar bersatu memusatkan doa mereka penuh khusyu' kepada Allah swt , keluar berhimpun dalam jumlah yang mampu menyentuh angka 5 - 10 juta [ di Malaysia sahaja ] , menyalurkan sumbangan wang ringgit kepada agensi yang dipercayai amanah pengurusannya pada kadar mencecah lebih 50 billion ringgit [ di Malaysia sahaja ] , tegas memboikot sehingga menyebabkan lebih dari 50 % kilang , pasaraya dan kedai yang memasar dan menjual product Yahudi dan Amerika bungkus dan gulung tikar , saya percaya ia sudah cukup berjaya dan mampu memberi tekanan kepada Yahudi .

Namun segalanya terhenti di atas kalimah Kalaulah .... dan sungguh malang 1001 kali malang , dalam terhadnya keupayaan kita untuk membantu masih ada lagi yang bersikap acuh tidak acuh dalam perkara yang sememangnya mereka boleh lakukan .

KALAULAH 1 JUTA PENDUDUK ISLAM MALAYSIA MEMBERI SUPPORT KEPADA HPA DENGAN HANYA 50NM, TIDAK MUSTAHIL DENGAN INCOME LEBIH KURANG 100JUTA SEBULAN KITA MAMPU GOYAHKAN EKONOMI ORANG-ORANG KAFIR..
HPA SATU PERJUANGAN !

No comments: