Saturday, January 10, 2009

Boikot !!!

Tahukah anda bahawa selama ini kita hanya mampu melihat;- mampu tengok je apabila bangsa kufra mencincang lumat umat Islam Palestine. Adakah kita tak mampu memberikan bantuan atau kita sekadar pejamkan mata dan hati?

Respon yang saya terima daripada rakan-rakan yang menyertai demonstrasi di hadapan kedutaan US Jumaat lepas amat mengecewakan saya. Selesai berdemo, mereka yang dalam perjalanan ke stesen LRT diejek oleh 3 orang pemuda Melayu. Sekali lagi Melayu.. anak sapa lah yang bodoh dan langsung takde hati perut. Silap terserempak..
Kalau terserempak dengan saya, mau saja 3 mamat bodoh ni saya hantar ke Gaza untuk jadi pengutip jenazah mangsa-mangsa keganasan Yahudi.. Nauzubillah..janganlah anak-anak saya jadi sebahagian daripada mereka..

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.
“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..”

Laporan http://www.ifameric ansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

No comments: