Thursday, March 5, 2009

MRSM KUANTAN 92 93


Awal pagi semalam saya dikejutkan dengan berita ragging di MRSM Kuantan. Teringat balik masa sekolah dulu. Apatah lagi saya memang budak MARESMA QTN tapi batch 92 93. Orientasi kena dengan senior tapi setakat cium dan katakan pada pokok 'i luv u'. Masa tu memang berkuat kuasa kempen - NO MORE RAGGING. Ingat lagi pesanan warden:- kalau sekarang senior ragging junior, tahun depan yang junior akan jadi senior akan ragging lagi junior. Ragging akan tetap berterusan..so stop ragging.




Banyak kenangan manis masa tu. Rasa nk jejak kasih balik sahabat-sahabat Ex-Maresma Qtn 92 93.

Kalau terlupa pada saya, cuba ingat balik pada pemain gitar band sekolah. kalau tak ingat jugak,hmm...kena datang jumpa saya ler jawabnyer.

Harap sangat untuk e-mail balik pada saya. InsyaAllah kita buat reunion.


To all my Homeroom G/92:-

Azorie, Rohamezan, Jamshid, Azalea, Majdi, Hafez, Adam, Fathul, Haziron,Ilyana and Mummy, Pn Zainon please contact me. Miss u all.

Mengenai Kerajaan Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

rujukan:http://www.gov.my/MyGov/BM/Directory/Government/AboutMsianGov/AboutMsianGov

Banyak respon daripada kenalan saya yang sememangnya bukan orang Malaysia mempertikaikan kerajaan Malaysia. Apa yang saya boleh berikan jawapan hanyalah, Malaysia tetap negara demokrasi. Sebab itulah saya terpaksa merujuk balik kepada MyGov... ternyata kita masih lagi mengamalkan Sistem Demokrasi Berpalimen yang masih belum berubah menjadi Sistem Monarki.
Ternyata negara luar sedang memerhatikan kita...

Sunday, March 1, 2009

SATU HATI

Beri sedikit masa pada diri sendiri

Rasanya dah terlalu lama saya tak mencoretkan isi hati. Almaklumlah terkejar-kejar dengan tugasan seharian. PBC Uniten kali ini cukup meriah. Apataknya dengan peserta seramai 107 orang, memang meriah. Apapun saya merasa agak sedih di atas pemergian beberapa kenalan kita yang mengadap Ilahi. Sehinggakan pukul 2 pg semalam saya terima panggilan dari jiran memaklumkan tentang kehilangan abahnya yang tersayang yang rebah ketika bermain badminton. Kehilangan yang tak terduga..tanpa sebarang kata-kata dan pesan. Satu kehilangan yang amat pedih. Saya juga merasa terkejut apatah lagi keluarga sendiri.. Sehingga ke saat ini saya masih terawang-awang..saya mati nanti bagaimana agaknya ye..

Merasa kehilangan sudah pasti terlalu pahit. Saya sendiri merasa banyak kehilangan sehingga satu ketika saya tak mampu untuk berdepan dengan kehilangan. Saya tak mampu perform dalam tugas dan tanggungjawab. Nasib baik saya masih dikelilingi oleh ramai orang yang boleh membangunkan saya dari terus kehilangan diri sendiri.

Sebenarnya dalam hidup, kita akan terus kehilangan. Jagalah diri dan berikan masa secukupnya agar kita tidak terus hilang dari landasan hidup kita.

Sehingga kini saya masih merasa kehilangan seorang sahabat baik yang pernah menjadi tempat saya meluahkan kesedihan. Seorang sahabat yang cukup rapat sehinggakan beliau mampu mengubah saya menjadi tabah untuk menghadapi kehilangan-kehilangan yang bakal mendatang. Seorang sahabat yang tahu jalan hidup saya...
Saya terhutang nyawa dan saya tak mampu membalasnya. Sehingga saat ini hanya airmata yang mampu mengiringi doa saya agar beliau akan sentiasa bahagia dan tenang.

Saturday, February 28, 2009