Saturday, June 13, 2009

Dalam Kenangan

Banyak benda berlaku sepanjang saya tidak menulis dalam blog selama 2-3 minggu ni. Hilang mood, hilang semangat, saya kehilangan seorang lagi insan yang saya sayangi...

Dalam kesibukan program, saya terpaksa jugak menemankan emak balik ke Singapore. Bukan apa, Pak Busu arwah bapak nk kenduri anak sulung. Dah la tak dapat tolong masa kenduri, jadi kami gagahkan jugak untuk ziarah sebelum kenduri. Bayangkan- kami bertolak malam menaiki keretapi kerana kami balik hanya berdua sahaja dan solusi dengan menaiki keretapi adalah yang terbaik kerana stesen berhampiran dengan rumah nenek. pagi kami sampai, berehat seketika dan selepas zohor kami bertolak ke rumah Pak Busu.

Memandangkan saya sangat rindukan mak long, dalam keadaan sukar sangat sbb tk pernah lagi bwk beg pakaian naik MRT turun di Tiong Bahru berjalan lebih kurang banyak meter la..huh!! ikut hati mau saya ajak mak patah balik Woodlands..

Dalam keletihan tu sampai jugak akhirnya ke rumah mak long. Sampai je di rumah mak long, kami terus sambung tido lagi selepas sempat bersembang bertanya khabar mak long..
Nampak mak long ceria sangat.bergurau dengan pak long walaupun baru baik sakit. Bangun tido lauk dah terhidang atas meja. Memang saya rindu sangat dengan masakan mak long. Kalau dia tau saya nk datang, sambal tumis udang besar mesti ada.

terdetik di hati saya,kenapa berlainan sgt mak long kali ni..

malam itu saya balik kl menaiki keretapi.transit sekejap tukar beg dan malam itu saya naik keretapi balik ke Arau kerana ada program bersama downline..
Ahad itu saya sibuk dengan program.
Isnin 4 pagi, saya terima sms dari emak:- mak long dh tkde..
saya rasa seperti mimpi. dh la jauh di utara..airmata luruh.
saya hilang seorang lagi yang saya sayang...

Al-Fatihah

No comments: