Monday, June 22, 2009

PBC AMPANG























Banyak kenangan sepanjang 2 hari lepas,20-21 Jun 2009. Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang terlibat secara langsung terutama fasi serta urusetia yang menjadi tulang belakang PBC Ampang kali ini.
Terima kasih yang tak terhingga pada GM yang sudi merasmikan PBC Ampang kali ini. Perasmian GM memberikan suntikan semangat kpd seluruh warga kerja dan peserta PBC Ampang.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada PJS Asri Hanafiah kerana sudi membentangkan Strategi Menjana Pendapatan.
Kepada PJS Ismail Othman dan PJS Sy Ageel,ribuan terima kasih kerana sudi menjadi Bintang yang akan sentiasa berkelip di setiap ingatan para peserta.
Mudah-mudahan setiap langkah para pejuang ini akan disertai dengan ribuan doa daripada kami semua. Ameen

Thursday, June 18, 2009

Bahaya Florida

KLIK UNTUK BESARKAN. JOM BACA SAMA-SAMA..




ada satu iklan colgate yang saya cukup menyampah. Menggunakan seorang ibu yang bertudung mengamalkan ubat gigi tanpa florida yang penting halal tetapi...hmmm...tengok sendirilah iklan tu.
Saya study balik tajuk mengenai florida. Bukan PPIM malah banyak lagi kajian yang menunjukkan florida mendatangkan kemudaratan pada tubuh.
inilah antara agenda kufra untuk merosakkan kita!

Sunday, June 14, 2009

Alhamdulillah.Bertambahnya ahli keluarga PJS

Seiring dengan kepesatan HPA, alhamdulillah kita telah menambahkan lagi ahli keluarga PJS yang baru.

TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN PJS yang baru diluluskan oleh GM mulai 01 hb JUN, 2009 iaitu:

PJS BAHARUDDIN JANTAN [NILAI]
PJS USTAZ ASRI ZAKARIA [KLANG]
PJS SITI RAHMAH UJANG [BB BANGI]
PJS USTAZ SAFUAN BIN PAMIDI [KLANG]
PJS NOLIAH AHMAD [RAWANG]

Semuga dengan perlantikan tersebut banyak kerja dan tugasan yang diamanahkan kepada PJS dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan membawa manfaat kepada warga HPA.

E-codes contains pig fats


E100s are generally colours.
E200 to E282 are mainly preservatives and acids.
E300 to E341 are mainly antioxidants and acid regulators.
E400s include emulsifiers, stabilisers, thickeners, anti-caking agents, release agents and bulking agents.


So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.



If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT;


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Courtesy


Dr. M. Amjad Khan (Medical Research Institute United States)


Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)MA CONSULTING UK

Saturday, June 13, 2009

Jerebu di Ampang











Dalam Kenangan

Banyak benda berlaku sepanjang saya tidak menulis dalam blog selama 2-3 minggu ni. Hilang mood, hilang semangat, saya kehilangan seorang lagi insan yang saya sayangi...

Dalam kesibukan program, saya terpaksa jugak menemankan emak balik ke Singapore. Bukan apa, Pak Busu arwah bapak nk kenduri anak sulung. Dah la tak dapat tolong masa kenduri, jadi kami gagahkan jugak untuk ziarah sebelum kenduri. Bayangkan- kami bertolak malam menaiki keretapi kerana kami balik hanya berdua sahaja dan solusi dengan menaiki keretapi adalah yang terbaik kerana stesen berhampiran dengan rumah nenek. pagi kami sampai, berehat seketika dan selepas zohor kami bertolak ke rumah Pak Busu.

Memandangkan saya sangat rindukan mak long, dalam keadaan sukar sangat sbb tk pernah lagi bwk beg pakaian naik MRT turun di Tiong Bahru berjalan lebih kurang banyak meter la..huh!! ikut hati mau saya ajak mak patah balik Woodlands..

Dalam keletihan tu sampai jugak akhirnya ke rumah mak long. Sampai je di rumah mak long, kami terus sambung tido lagi selepas sempat bersembang bertanya khabar mak long..
Nampak mak long ceria sangat.bergurau dengan pak long walaupun baru baik sakit. Bangun tido lauk dah terhidang atas meja. Memang saya rindu sangat dengan masakan mak long. Kalau dia tau saya nk datang, sambal tumis udang besar mesti ada.

terdetik di hati saya,kenapa berlainan sgt mak long kali ni..

malam itu saya balik kl menaiki keretapi.transit sekejap tukar beg dan malam itu saya naik keretapi balik ke Arau kerana ada program bersama downline..
Ahad itu saya sibuk dengan program.
Isnin 4 pagi, saya terima sms dari emak:- mak long dh tkde..
saya rasa seperti mimpi. dh la jauh di utara..airmata luruh.
saya hilang seorang lagi yang saya sayang...

Al-Fatihah