Sebelum balik ke KL saya beratur di RFC ,bawa ole-ole untuk anak-anak. hmm..sabar je lah sebab hari Ahad mmg standard kalau kena beratur paling kurang sejam.Di belakang saya ada satu keluarga yang turut beratur. Seorang ibu dengan 3-4 orang anak. Saya tk pasti sbb ada anak orang lain jugak. Cuma saya agak kurang senang kerana anak-anaknya yang turut beratur menghimpit saya. Pada mulanya agak menjengkelkan sbb saya penat beratur..
Sementara menanti Radix Chicken Popcorn yang masih di belum siap, saya berdiri berhampiran kaunter.
Saya agak kehairanan apabila ibu yang beratur di belakang saya tadi hanya beli sebotol cola radix yang berebut2 anak2nya nk pegang. Nak terkeluar dr mulut saya menegur, "la beratur panjang2, beli cola je" tp tk sempat sbb barang2 penuh di tangan.
Selepas itu baru saya terfikir, mungkinkah si ibu tadi hanya mampu untuk membelikan cola
radix sahaja sbb mungkin anak2 nya teringin nk masuk RFC. Nak kata dia baru sudah makan takkan sanggup beratur sejam hanya kerana cola sebotol. Saya menyesal sbb tk sempat bertegur sapa. Manalah tau kalau2 anak2 td tk pernah merasa RFC dan teringin nk makan RFC.
Yang si ibu pulak mungkin berjanji untuk mengajak anak2 ke RFC tp hanya mampu membeli cola radix sebotol. Bermain2 di minda saya dan saya masih terkilan hingga ke saat ini.
Masakan mereka mahu beratur sejam untuk mendapatkan cola radix sebotol...
No comments:
Post a Comment