Friday, June 27, 2008

PBC BONGAWAN,SABAH












Sampai sekarang saya masih tak percaya- Bongawan ada PBC sendiri.thanx a million to bos PJM Hafidzan Faudzi yang banyak bagi semangat n support. Walaupun bos datang pada hari Khamis,19 Jun 08 PBC berjaya dilaksanakan pada Sabtu 21 Jun08.
Tahniah kepada Rosni,Shimah,Ijah,Hanafiah,Abg Edris,Kifli, Amin, E-man dan semua yang sanggup bersusah payah menggempur sehingga PBC Bongawan bukan lagi satu impian...

Akibat terlalu bersemangat,bos terlupa kaki yang sakit.Kesian bos. Seawal 3pagi yang kami hantar ke airport, bos terpaksa berjalan perlahan-lahan. Memang satu pengalaman yang amat manis. Bos dengan sakit kaki pun masih boleh bershopping dengan kak Rahmah di Pasar Phillipine,KK. Itu belum lagi cerita saya terpaksa berjalan kaki sejauh 2km dari post Navy ke Gentisan dengan laptop,LCD dan beg pakaian untuk mencari kenderaan yang menuju ke Indah Permai ataupun airport.Kepada En Samin yang mengutip saya di Gentisan sehingga sampai ke pintu airport, terima kasih yang tak terhingga.


Allah berikan ujian kecik dulu sebelum berikan ganjaran yang lebih besar. Bayangkan sekiranya En Samin tidak digerakkan untuk mengutip saya,pasti saya keletihan turun naik bas dari IP ke KK kemudian ke Tg Aru.Itu belum termasuk tambang. Mungkin penat ya ampunnnnn...
Hidup ini terlalu indah seperti Pantai Bongawan





No comments: