Berita ini mengejutkan banyak pihak. Kisah kemalangan yang melibatkan pengantin yang baru sahaja bernikah selama 3 jam. Saya turut simpati dengan apa yang berlaku. jika dilihat daripada gambar kereta mangsa, hancur sehingga membawa kepada kematian. puncanya? tayar kereta pancit..dan saya yakin kereta mangsa tidak dipandu laju kerana bukan berada di lebuhraya. Sedang saya memandu ke Singapura siang td teringat pada satu insiden yang pernah saya alami.. dalam perjalanan pulang ke KL dari Perlis jam 4pg, tayar kereta saya meletup dengan kelajuan pemanduan saya 160 km/jam berhampiran susur keluar Rawang. saya perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. memandangkan saya sendirian, saya terpaksa menukar tayar yang pecah. Tengah2 berhempas pulas menanggalkan tayar, ada seorang lelaki India menghampiri saya. takutnya saya pada ketika itu kerana lelaki India ini nampak macam samseng dengan rantai, anting2 dan gelang besi. akhirnya kerja menukar tayar tadi diselesaikan oleh lelaki India ini. beliau sempat memesan saya agar berhati2 memandu..
terkenangkan insiden yang pernah saya alami dengan insiden kemalangan ngeri ini membuatkan saya rasa kerdilnya saya pada Maha Pencipta..memang belum ajal saya..
bayangkan kereta yang membawa pengantin ini tak mungkin mencapai 160km/jam...
dan bayangkan sekiranya lelaki India tadi mempunyai niat yang tidak baik. segalanya mungkin cuma yang pasti- memang belum ajal saya-
No comments:
Post a Comment