Sepanjang hidup saya tidak pernah merasa hidup di kampung. Pengalaman yang diberikan oleh Sdr Ali Patra sekeluarga kepada saya terlalu banyak. Malah seluruh keluarga yang besar ini memberikan sambutan dan sokongan kepada saya. Hmmm..bayangkan selama ini kehidupan saya hanya dalam lingkungan adik beradik seramai 4 orang, emak dan anak-anak berbanding pengalaman yang baru saya dapat selama 3 tahun ini. Tiba-tiba saya mempunyai kakak dan abang serta adik-adik yang ramai. Sdr Ali Patra mempunyai 15 orang adik-beradik. Semua memberikan sokongan kepada saya dan PJM Hafidzan. Sepanjang perjalanan dari Papar ke KK yang mengambil masa sejam ini membuatkan saya berfikir- indahnya pengalaman di sini...
Sepanjang hidup, saya tidak ada kampung. Istilah kampung pada saya dan anak-anak hanya di Singapura dan di Australia. Teringin merasa bagaimana hidup di kampung.. dan kini bukan sahaja saya ada kampung malah seluruh kampung hidup bersama saya.
Di sini saya belajar hidup- naik bas, pergi homeparty naik motor, jalan kaki, surau yang hanya mendapatkan bekalan elektrik daripada rumah berdekatan, terserempak dengan ular dan yang paling seronok kampung ini terletak berdekatan dengan sungai dan pantai..
Tak terkira rasanya jasa yang mereka berikan kepada saya. Seolah-olah seluruh kehidupan saya di sini. Terima kasih kepada mama, Ali, abg Edris, Rosni, Kak Neng, Abg Wasri, Amin, Sijah, Kak sarah, Nor dan suaminya yang memberikan ruang yang cukup indah di kedai mereka, Abg Tahir, Kassim yang selalu memastikan setiap hari ada saja udang segar untuk saya,Dayah,Sinjan dan Faridah dan semua yang tak mampu saya catatkan. Seluruh penduduk kampung bersama saya...
Tanpa HPA, saya tak mungkin meraih semua ini...cukup berharga buat kami semua. Buat Bos yang banyak memberikan ruang pada saya- terima kasih banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment