Senario politik Perak sedikit sebanyak mencerminkan sikap kurang ajar dan tidak beradap parti politik yang memerintah Malaysia. Apakah agenda selepas kekalahan di Terengganu menyebabkan TPM begitu terdesak sehingga memaksa Institusi Beraja tunduk patuh pada pandangan beliau? Di mana letaknya DEMOKRASI? Walaupun saya menghormati PM dan TPM, tetapi saya amat kesal dengan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Seolah-olah hanya satu lakonan perjuangan yang tidak ikhlas kerana apa sebab sekalipun yang berlaku, ia memerlukan satu pilihanraya yang memberikan mandat pada rakyat untuk memilih. Adakah parti pemerintah percaya tidak ada lagi undi buat mereka sehingga sanggup melakukan sebegini. Keadaan sekarang seperti satu rampasan kuasa berlaku sebagaimana TPM terdesak merampas kuasa PM. Apakah ini boleh kita panggil biadap?
Begitu juga Karpal Singh yang dipanggil biadap apabila sanggup menyaman Raja Perak. Siapa yang akan membela nasib rakyat sekiranya para pemimpin sewenang-wenangnya memijak-mijak hak rakyat? Tanpa Karpal Singh kita mungkin bukan sahaja timun, tetapi tembikai yang hancur. Wajarkah Karpal Singh digelar biadap?
Kesal dengan sikap pemerintah Malaysia. Keliru. Contoh manakah yang harus diikuti oleh generasi anak-anak kita nanti?
No comments:
Post a Comment