Sedang saya driving pulang dari program di Bandar Tun Razak, saya dikejutkan dengan satu insiden yang saya rasa malu sangat. Dalam perjalanan ada 3 buah motor dengan 6 budak melayu yang melilau-lilau di traffic light. Teragak seperti something will happen, dalam sekelip mata cermin kereta kenari di belakang saya dipecahkan dan handbag direntap keluar.
Saya pintas motor tadi dengan kereta saya mengharapkan motor itu jatuh. Malangnya kereta saya terlalu besar untuk terus mengejar motor tadi. Walaupun saya membunyikan hon berkali-kali namun dalam keadaan sesak, saya takkan mungkin dapat mengejar mereka. Saya turun dari kereta dan saya pastikan pemandu wanita yang menjadi mangsa itu selamat. Manalah tahu kot2 dalam keadaan terperanjat mangsa tak mampu memandu kereta ke balai..
Banyak kali cerita ragut di traffic light yang saya dengar tapi kejadian hari ini berlaku dengan disaksikan mata saya sendiri. Malu, geram dan marah membuatkan saya bersedia membelasah mereka sekiranya saya berjaya memintas mereka tadi..
Amat memalukan sekali.. keenam-enam mereka adalah MELAYU!!! Kepada semua pemandu kereta, beringatlah..letakkan handbag anda di bawah seat. Kejadian ragut semakin parah sekarang kerana mereka berani melakukan apa sahaja.
Kejadian di petang Maal Hijrah ini seolah-olah satu tamparan yang terlalu hebat buat saya. tersentak sejenak..
Siapa yang bersalah?
Andainya hudud tidak dicela...
take chances, make mistakes.. that's how you grow. pain nourishes your courage, you have to fail in order to practice being brave
Monday, December 29, 2008
Thursday, December 25, 2008
Countdown 2008
2008 tinggal beberapa hari lagi dan 2009 bakal menjelma. Banyak yang berlaku membuatkan kita semakin matang dan tabah menghadapi masa depan. Bagi saya, kehidupan perlu diteruskan. Seandainya kematian yang kita nanti-nantikan, saat itu nanti kita akan merasa bahawa masa untuk menghadapi kehidupan semakin singkat. Waktu itulah segala penyesalan akan terbit dari hati kerana banyak perkara masih belum kita lakukan. Belum merasa berpasangan, belum merasa kekayaan, belum merasa kesenangan, belum merasa berpijak di negeri orang, belum mampu berdakwah, belum mampu mengumpul bekalan untuk mati, belum mampu menghasilkan kejayaan untuk dihadiahkan pada ibu ayah, belum mampu mendidik anak2 menjadi anak soleh, belum mampu membelai ibu yang masih hidup..
Terlalu banyak yang belum kita LAKSANAKAN. Bila menanti kematiankah kita baru terhegeh2 melaksanakan semuanya?
2009, apa yang belum kita laksanakan, inilah tahunnya kita BERMULA..
SELAMAT DATANG 2009-TAHUN CABARAN MENCAPAI SASARAN
Subscribe to:
Posts (Atom)