Thursday, March 26, 2009

Harga Ayam di turunkan.

25 March 2009

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan.Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi.Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan.Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah,tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia.Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli RM 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata.Skim ini berkuatkuasa sertamerta sehingga masa tertentu.Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.InsyaAllah.

Dihantar JawiHerbShop Pada Wednesday, March 25, 2009

Alhamdulillah. Mungkin rentetan daripada berita TV3 yang memaparkan penyembelihan ayam yang tidak mengikut syarak disekitar Lembah Kelang membuatkan kita sebagai pengedar HPA perlu memberikan alternatif kepada muslim yang lain untuk mendapatkan ayam organik kita. Mudah2an dengan penurunan harga ayam ini lebih ramai khususnya umat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal dan toyyib dengan sembelihan mengikut syarak. Maknanya sekarang harga ayam kita lebih murah jika dibandingkan dengan ayam organik yang berada di pasaran. Ini membuktikan bahawa sekiranya pihak HPA mendapat sokongan daripada semua pengedar harga kos barangan boleh menjadi lebih murah.

No comments: