Sunday, July 26, 2009

Berakhirlah debaran Konvek09 - klik untuk besarkan gambar









































Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Saya akan merindui makan Konvek, minum Konvek, tidur Konvek, mimpi Konvek, segala-galanya KONVEK. Buat ingatan, saya abadikan KONVEK2009 dalam bentuk album ini...
KITA GEMPUR KONVEK 2010 !

Friday, July 17, 2009

Dapatkan segera!

Satu set lengkap untuk dibawa ke mana-mana.

Katalog Produk yang terkini hanya

RM 2.50 sekeping

RM 20.00 (10 keping)

Proud to be KPA-ians..

Pen Ekslusif hanya RM2.00.. .

Boleh dijadikan buah tangan kepada downline..dapatkan segera.
KATALOG RM 2.50
PEN RM 2.00
BEG RM 8.00
~exclusively made for you by KPA~

Thursday, July 16, 2009

MALAM MOTIVASI BERSAMA GM DAN PJM

Alhamdulillah buat kali pertama KPA berjaya menganjurkan program motivasi malam tadi. Saya selaku ketua unit penerbitan & publisiti KPA mengucapkan ribuan Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua PJS, PJ, leader, komiti dan staff-staff cawangan yang berjaya menggempur kehadiran sehingga penuh.
Sepanjang 3 hari lepas saya cuba menyiapkan sedikit cenderahati KPA seperti KATALOG PRODUK, PEN dan BEG untuk dijual pada malam tadi. Pada mulanya nk test market namun sambutan memang di luar jangkaan. Sold Out mcm ayam goreng RFC.. Insya Allah cenderahati ini akan kami perluaskan pada semua cawangan,komiti dan PBC.
SEKALUNG TAHNIAH PADA PENERIMA PANGKAT PJ.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA KERAS DEMI KEJAYAAN MALAM MOTIVASI BERSAMA GM.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENDAPATKAN CENDERAHATI KPA.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA GM YANG SANGGUP TURUT SERTA MENJAYAKAN PROGRAM MALAM TADI.

Wednesday, July 15, 2009

Thursday, July 9, 2009

Dalam Kenangan

Saya masih dalam keadaan terkejut. Berita yang saya terima pada pagi Jumaat 3 Julai 2009 membuatkan saya rasa benar-benar kehilangan. Rasanya saya baru mengenali Mak Iti dalam masa 2 minggu. Memang terkenal dalam jemaah, beliau seorang yang cukup tegas dan garang apatah lagi kepada yang bertudung ringkas seperti saya. Tapi sepanjang saya mengenali beliau banyak support yang saya terima..Jadi downline saya..sehinggakan beliau bising2 menyuruh saya membawa produk HPA setiap kali usrah. Bawak je apa2..Mak Iti mesti beli. Itulah yang dia bisingkan pada saya. Bukan saya tknak bawak tapi ada adik stokis dah dalam usrah tu.
Dalam masa yang singkat, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Yang terakhir usrah pada Isnin malam. Itu yang membuatkan saya sayu sehingga kini. Selesai usrah kami bersurai. bersalaman malam itu cukup terkesan. Saya dan Mak Iti bersalaman.. beliau patah balik, pegang muka saya dan beliau peluk saya erat2. Beliau cium saya berkali2.. terdetik di hati, kenapa lain sangat Mak Iti nie..

Jumaat pagi saya terima panggilan dari Kak Aini- Mak Iti dah takde Ti..

Saya duduk termenung.Bermimpikah saya? Masih terbayang2 macam mana eratnya beliau memeluk dan mencium saya buat kali terakhir..
Sepanjang hari saya tak mampu bangun. Lembik dengan muntah2 dan air mata sepanjang hari.. rasa macam tak mampu saya buang bayangan Mak Iti.
Dua bulan lepas, saya kehilangan Mak Long yang juga tinggalkan sentuhan terakhir 3 hari sebelum pemergian beliau..kini Mak Iti..

Satu teguran atau adakah ini satu peringatan buat saya..

Nasib baik sebelum Micheal Jackson meninggal beliau tk tinggalkan sentuhan terakhir untuk saya..hehehehehe. Kalau tak macam mana saya agaknya.
Alhamdulillah bila saya jumpa Kak Aini, dia banyak menasihatkan saya agar mendoakan Mak Iti. Sekalipun sekarang ini jika saya teringatkan Mak Iti dan Mak Long, saya dah semakin kuat.

Kepada semua, bantulah saya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita.. Masa kita jugak akan tiba nanti. Cuma lambat atau cepat yang tak dapat kita pastikan. Mudah-mudahan di saat kita nanti, ramai orang akan mendoakan kita.

Al Fatihah..