Sunday, November 9, 2008

Jom Kumpul NilaiMata..

Rugi kalau tk ambil peluang yang HPA tawarkan. Rasanya kita tk perlu susah payah bukak kilang n ladang. Tak payah pikir langsung soal modal apatah lg menguruskan perniagaan ini. Yang penting kita pastikan semua sanak saudara, adik beradik,jiran-jiran menggunakan dan mengamalkan HPA.Insya Allah perniagaan ini akan terus kukuh. Sekukuh dan setanding perniagaan besar milik Yahudi..

Takbir!!!!

Moto Besar




Hui!! rasa gian sgt nk pakai moto besar balik.. Banyak moto besar ada kt KL skrg ni. Hari2 dok tgk smpai menitik2 airliur. Tkpe2 2009 target nak pakai moto besar balik. Rugi rasanya ada lesan moto besar tp awal2 dh resign..
Lagipun anak2 dh besar,bole kongsi skli minat yang sama.hehee..

Thursday, November 6, 2008

Abby,saya pun pernah rasa....

Terkesan dengan apa yang berlaku kepada pelakon Abby Abadi apabila beliau muncul dalam program Wanita Hari Ini tengah hari tadi. Sama dengan apa yang berlaku pada saya lebih kurang 5 tahun dulu. Cuba saya tahan airmata ini dari mengalir,tapi saya tk mampu.. saya pernah rasa apa yang Abby rasa. Hampir ada kesamaan..
Kepercayaan dan kebebasan pada suami, sehingga menggadaikan hak kita sendiri akhirnya bawa padah. Tk pernah ada rasa kesian pada isteri yang sggup bertungkus lumus membantu membina keluarga yang sempurna. kalau tkde rasa sayang pada isteri sekurang-kurangnya pikirlah anak-anak..Saya sokong tindakan Abby menarik diri terus dari perkahwinan. Untuk apa berlakon seolah-olah kita bahagia sedangkan kita terlalu menderita.
Kes ini mengingatkan saya pada kegagalan rumahtangga saya. Terlalu dekat kerana ia sama dengan kronologi saya..bercerai pada tahun ke tujuh perkahwinan pada usia yang hampir sebaya.

pada Abby, kita sebenarnya boleh terima orang ketiga sekiranya ia dilakukan dengan penuh diplomasi.Cuma kita terkejut apabila segala pengorbanan kita, tk sekelumit pun di kenang. Banyak keperluan kita yang tk mampu disempurnakan dan segalanya kita telan tanpa merungut.
Buat lelaki bernama Norman dan Sharon:-
mungkin kami tk mampu berikan kebahagiaan yang diimpikan. melepaskan ikatan perkahwinan ini bukan kerana cinta itu pudar tapi kerana kami terlalu cinta sehinggakan kami rela korbankan cinta kami demi kebahagiaan tersayang..

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya


Sempena aidilfitri yang mulia ni saya nak ambik kesempatan memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sepanjang perkenalan kita.Mudah2an kita semua berada dalam keadaan yang cukup sempurna, dalam jagaan Allah.Insya Allah

Saturday, September 20, 2008

hmmm...bz dengan tugasan harian.Memandangkan pagi ni ada masa terluang, rindu rasanya nak berkongsi pengalaman sepanjang bz2 ni..
Dah 2 hari kami di Kuak, bawak hati yang lara.Sengaja kami pilih lokasi yg jauh dari kerja. Terlanjur balik kampung kami memang nk bercuti sungguh2. Penat dgn tugas seharian, stress dgn perasaan dan tertekan dgn masa ternyata lokasi yg kami pilih ini tk silap.
Hilang segala stress bila kaki mencecah sungai.Seolah-olah segala yg terbuku mengalir deras sederas arus sungai. Ntah la.. kadang kala sukar untuk buang jauh apa yang terpendam sehingga ia akan sentiasa menghantui kita.
Apabila berada di dua persimpangan,jalan manakah harus kita pilih?
Andai kita mampu buang segalanya dari memori ini...
Andai rindu yang semakin sarat ini mampu ku hapuskan dari hati,
Andai segalanya tak pernah terjadi,
Masih mampukah aku berada di sini...