Saturday, June 23, 2012

SEINDAH PELANGI

Takkan ada seorang isteri yang dengan senang hati memberikan suaminya kepada orang lain. Satu keputusan yang sangat hebat dugaannya apabila suami meminta izin untuk berumah tangga lagi.
Tapi sampai bila kita sebagai perempuan akan terus-terus ditipu walaupun kuasa mutlak ada pada suami. Sesungguhnya seorang wanita itu sangat lemah hatinya. Walaupun mulut berkata tidak tapi hati masih boleh bertahan. Masih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Hanya ketika itu suami tidak akan pernah terlintas berfikir bagaimana sedihnya hati si isteri. 

Yang penting niatnya terlaksana dengan cara macam mana sekalipun. Segala kesan dan akibat ditolak ke tepi, ke tengah dan ada juga isteri tua ditolak jauh ke belakang. Waktu ini takkan lagi terkenang jasa si isteri yang sanggup bermati-matian meningkatkan ekonomi keluarga. Waktu ini tak lagi ada rasa belas kasihan pada isteri yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Waktu ini takkan ada lagi kenangan-kenangan manis yang telah bertahun-tahun dibina.

Hanya kerana satu alasan - tak mahu merumitkan lagi keadaan. Tetapi dengan menipu atau lebih manis lagi dengan istilah 'berselindung', 'merahsiakan' dan 'belum masa untuk diberitahu' bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Cara ini sebenarnya lebih memburukkan keadaan.

Tak kira siapa pun akan merasa dikhianati. Teman sehidup semati yang pernah berjanji memberikan bintang dan bulan sehingga lautan api sanggup direnangi membuat keputusan yang sangat besar tanpanya. Baik isteri atau suami..
Apatah lagi sejarah ini hanya disampaikan oleh mulut-mulut orang ketiga.

"Tak pentingkah aku dalam hidupnya?" atau "siapa aku disisinya?" atau "apa yang aku tak ada sehingga dia jadi pilihanmu mengenepikan aku?"
Semua persoalan ini membuatkan isteri tadi jadi hilang arah, hilang punca dan hilang tujuan.

Bagi si suami, remeh sangat isu ni. Banyak lagi perkara yang lebih penting  perlu difikirkan. 

Disinilah punca keretakan bermula...
Isteri tua akan mula melakukan sesuatu diluar jangkauannya:-

Pendam atau Meletup!

PENDAM
Rata-rata isteri tua memendam perasaan. Menangis sendirian sehingga ada yang tak mampu melakukan rutin harian. Dalam keadaan begini, si isteri tak pasti samada dirinya diperlukan atau tidak. Berlaku sedikit kekeliruan. Apakah tindakan yang perlu dilakukan? Perlukah dia berlagak seperti biasa tapi hati yang hancur menjadikan dia kaku..

Saat ini sepatutnya suami memainkan peranan. Walau sesakit mana pun hatta sewaktu melahirkan, mendapat pelukan yang penuh perhatian dan kasih sayang, Insya Allah luka dihatinya mudah dirawat.


MELETUP
Tak kurang juga ramai isteri tua yang meletup. Meletus umpama gunung berapi yang tak mampu lagi ditahan-tahankan. Dalam saat kekeliruan ini, isteri sanggup melakukan apa sahaja bahkan menyerang isteri muda dari segi mental dan fizikal. 
Serangan berbentuk sms sangat popular. Bermacam kata-kata kesat berhamburan menyebabkan kedua-dua isteri akan saling mendendami antara satu sama lain.

Itu yang meletup dengan mulut. Ada juga yang meletup dengan cara lain. Sukar dimengertikan letupan jenis ini. Isteri yang ada kehidupan di luar akan mencari penyelesaian dari pihak asing. Di sinilah bermula kata-kata beracun ini, " kalau dia boleh cari orang lain, aku pun boleh cari orang lain."
Kadang-kadang perhatian suami yang semakin berkurang kerana terpaksa membahagikan masa kepada 2 singgahsana menjadikan si isteri mencari tempat lain untuk mengadu nasib. Biasanya perempuan sukar mengadu dengan perempuan. Macam cas:- positif akan tertarik pada cas negatif. Jarang dalam keadaan begini, cas positif melekat pada cas positif. Ini lumrah kehidupan.

Maka, punca letupan juga kurangnya perhatian suami. Suami leka mengatur masa dengan kehidupan baru sehingga terlepas pandang pada akibat yang akan berlaku.

Perempuan punya 9 nafsu dan 1 akal. Keadaan letupan ini mampu membawa kemusnahan yang lebih besar sehingga kadang-kadang terjadinya penceraian. Tak kira penceraian pada pernikahan yang terdahulu atau pernikahan yang terbaru.

Siapakah mangsanya?

Dalam apa jua keadaan, mangsa yang paling terkesan adalah anak-anak. Akibatnya anak-anak dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tidak aman, anak-anak merasa keliru bagaimana melayani ibu baru kerana mahu menjaga hati ayah atau ibu serta anak-anak akan belajar dari apa yang berlaku sepanjang hidupnya.

Tidak mustahil, anak-anak akan mewarisi keluarga kacau-bilau dan generasi ini akan terus melakukan kesilapan.

Oleh sebab itu, ilmu poligami perlu didedahkan sejak awal kepada anak-anak. Bukan membuka ruang untuk si ayah bernikah lagi tapi sekurang-kurangnya anak-anak tidak mengalami kejutan budaya poligami. 

Sebagai seorang ibu dan wanita, saya tidak mahu sama sekali menantu perempuan saya disakiti atau merasa dikhianati oleh anak lelaki saya hanya kerana poligami. Dan saya mahu anak perempuan saya tidak disakiti atau dikhianati oleh menantu lelaki saya hanya kerana poligami. Kita perlu membuka ruang yang lebih banyak betapa poligami bukanlah suatu yang negatif. Kitalah generasi yang perlu membetulkan kembali fakta-fakta negatif berkenaan poligami.

Seandainya diselidiki dari segala aspek, monogami atau poligami, masing-masing punya ujian dan dugaan yang sangat hebat. Segalanya terletak pada tangan suami. Latihlah anak-anak lelaki kita untuk menjadi lelaki dan suami yang hebat. Kalau pun ada wanita yang pernah disakiti hatinya, tanamkanlah azam agar anak lelaki kita tidak akan pernah mengikuti jejak langkah serta mewarisi ketidakadilan ini.

Berpoligami adalah seperti memandu kapal terbang.

Kalau dahulu kita selalu curi-curi bawa motor atau kereta ayah ibu. Rasa bangga bila dapat melaram keliling padang atau ke pasar malam. Tau serba sedikit dah boleh curi-curi bawa.
Itu motor dan kereta. Tapi kapal terbang, sejauh mana kita boleh bawa sekiranya belajar lebih kurang? Mana ada yang berani curi-curi menerbangkan kapal terbang walaupun kapal terbang itu ayah dia punya. Berlaku sedikit kesilapan, ia mampu terhempas.

Andainya kita dapat menerbangkan sebuah pesawat, satu keseronokkan, kebahagian dan kepuasan yang tidak terkata. Melintasi awan dan pelangi seolah-olah ia berada begitu dekat sekali dengan kita.

Menghayati kebahagian dan menikmati seluruh kehidupan... seindah pelangi. Kitalah yang mencorakkannya.

Begitu juga dengan tanggungjawab yang perlu kita semai pada anak-anak lelaki kita. Tanggungjawab pada keluarga bukan sekadar memberi nafkah zahir batin tapi tanggungjawab yang lebih besar adalah melindungi ahli keluarganya daripada api neraka.

Poligami atau monogami sangat memerlukan ilmu yang secukupnya. Umpama ilmu menerbangkan pesawat. Apabila berjaya mencipta bahagia dan tenang dalam institusi keluarga, umpama kita berjaya menerbang dan mendaratkan sebuah pesawat. Apabila kita berjaya menghasilkan generasi yang tidak ada kepincangan, umpama penerbangan kita merentasi awan tebal yang akhirnya pesawat mendarat dengan selamat.


Kita perlu lakukan sesuatu!!!



















































Thursday, June 21, 2012

Sunday, February 13, 2011

Monday, August 16, 2010

Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 224

Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 224

amat berguna sekali untuk kita jadikan panduan pemakanan kita...

Saturday, July 3, 2010

Thursday, July 1, 2010

Friday, June 25, 2010

30 minit Mee Bandung HPA dah sedia dimakan





CARA HIDANGAN:-

BAHAN-BAHAN

Pes Mee Bandung HPA

1 Keping Tauhu Goreng

Sayur Sawi

Udang

5 Biji Telur Ayam

1.2 Liter Air

1 Mee Kuning Radix

CARA MEMASAK

Didihkan 1.2 Liter Air

Masukkan Pes Mee Bandung HPA

Biarkan Mendidih Selama 5 Minit

Masukkan Tauhu dan Udang

Selepas itu Masukkan Telur

Sebiji-sebiji Sehingga Masak

Masukkan Mee Kuning dan

Sayur Sawi Hijau

Biarkan 2-3 minit

Sedia Untuk Dihidang


CARA PENYEDIAAN MEE KUNING RADIX

Masak air hingga mendidih

Masukkan Mee Kuning Radix selama 3 minit

Toskan dan sedia dimakan


sangat mudah disediakan dan sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana.berkhemah,BBQ, family day,picnic, jamuan dan sebagainya.apa yang anda perlukan hanyalah air panas sahaja...


Kos Hidangan:-


MEE KUNING RADIX RM 4.00
PES MEE BANDUNG HPA RM 7.00

Tuesday, June 22, 2010

Kursus Pra Herbalis


-ASAS AKUPUNKTUR+ASAS IRIDOLOGI+ASAS PEMBETULAN TULANG BELAKANG.RM50 termasuk SIJIL,BAHAN KURSUS DAN MAKAN.

Wednesday, June 2, 2010

La...TESCO disaman lagi!!!!

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta
Mei 31, 10 5:41pm
Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Saturday, April 3, 2010

Wow

Bila agaknya last sekali saya menulis? Rasa macam dah lama sgt..Baru seminggu saya kembali ke tanah semenanjung. Hampir sebulan saya berada di bumi bawah bayu. Talian internet yang seringkali terganggu membuatkan saya ke cyber cafe..huhuhu adakalanya sejam utk saya membuka dan membaca email. fb pun dah lama tk jenguk2. blog lg lah tk sempat update. Berada di Sabah kali ni saya rasa cukup mencabar. Dua musim berbeza kami hadapi. Musim yang teramat panas sehingga byk belukar dan hutan terbakar. Tak kira siang malam api dan asap sentiasa menyala di sepanjang perjalanan ke Beaufort. Kalau dulu arwah nenek di Australia selalu bercerita pasal kebakaran hutan dan belukar di sana cuma masa tu saya tk dapat nk gambarkan. Kali ni baru saya nampak sendiri dengan mata kepala bagaimana cepatnya api merebak. Pernah satu tgh hari,kami sdg mengisi minyak kereta di Petronas menghala ke Tanjung Aru, bomba bertungkus lumus memadamkan api yang membakar belukar bersebelahan dengan tangki minyak. Hmmm... lintang pukang kami isi minyak dan teruskan perjalanan. Almaklumlah bila station minyak terbakar, bukan setakat terbakar malahan letupan boleh berlaku.
Program demi program kami isi setiap hari dan yang terakhir dengan program gen2 KK bersama PJM Khalid Iskri dan PJS Azizan berakhir dengan begitu berjaya sekali.
Alhamdulillah kali ini perjalanan saya ke Sabah membuatkan saya berfikir saya tidak perlu hidup dalam masa lalu. Hidup perlu diteruskan dan hidup lah untuk membina masa depan. Selamat datang orang baru dalam hidup saya semoga semuanya memberikan satu semangat bahawa hidup dengan masa lampau hanya membuatkan kita hilang punca. Kepada semua, teruskan menggempur!!!!

Monday, February 15, 2010

TAHNIAH KEPADA SDR ALI PATRA DAN ROSNAH KASSIM


Alhamdulillah syukur..bertambah lagi anak buah saya yang selamat dilahirkan pada 14 Feb 2010 (pandai budget ni bila nk keluar- tanda kasih dan cinta Rosnah kepada Ali). Anak radix ini dilahirkan dengan berat 3.95kg...

RFC MELAKA MULA BEROPERASI HARI INI




Alhamdulillah pagi ini sempat ajak mak bersarapan di RFC MYDIN MALL,MITC MELAKA bersama anak-anak. Kepada semua pengedar HPA sekitar Lembah Klang jangan lepaskan peluang- datanglah beramai-ramai ke RFC Melaka.

Sunday, February 14, 2010

KHASIAT UMUM KOPI RADIX

žTONGKAT ALI - Kalsium, hormon
žMATA PELANDUK - Turunkan darah tinggi, - Gout
žTEBU GAJAH - Kencing Manis
- Kurangkan kafein
žMENGKUDU HUTAN - Pelawasan
žTEJA LAWANG - Tolak Angin
žHALBAN HITAM - Meningkatkan Imuniti
žLARAK HUTAN - Jaga Jantung,
- Banyakkan susu Ibu

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA EN RASABAR





Tahniah dan selamat datang menjadi keluarga HPA Sahabat Network. Saya merasa sangat kagum dengan support yang diterima daripada seluruh keluarga En Rasabar yang turut menyertai PBC kali ini. Kepada Nadiah Rasabar,Fadzilah Rasabar, Illiana Rasabar, Khairul Haqimin Rasabar, Siti Maisarah dan Hasnah Abd Rahman - terima kasih yang tak terhingga buat anda semua.


Friday, January 22, 2010

Khas Buat Cikgu Tuah dan Ella..


Perbincangan kita pada PBC Uniten yang lepas tergantung setakat itu sahaja tapi kalau diambil dari gerak kerja Cikgu, saya pasti tinggal begitu sedikit sahaja lagi. Ella dan Cikgu, letak sasaran Makasar ye..Saya yakin yang amat sangat Makasar tu Cikgu boleh kejar sampai dapat.Insya Allah sama2 kita berdoa semoga segalanya dipermudahkan Allah!Ameen...

Bawa Partner dari Sabah Ke HPA City, Sg Petani

Di kaunter pendaftaran El-Zahraa Hotel (hotel HPA)
Melihat hiasan coklat yang dibuat di Radix Bakery

Rambang mata nak pilih yang mana..semua sedap!

Pokok kurma pun ada di hadapan El-Zahraa Hotel

Kali ini saya berpeluang membawa bersama anak-anak ke HPA City Sg Petani...

Saturday, January 16, 2010

2010

Aduh!!! lamanya saya tak menulis..terlalu sibuk.Banyak yang perlu dikejar. Janji saya mengabdikan pengalaman saya menguruskan jenazah saudara baru yang ditentang oleh anak-anak arwah yang masih beragama asal juga tidak berkesempatan. Mohon ampun dan maaf.
2010- sedar tak sedar kita dah 2 minggu berada di tahun 2010.Cepat masa berlalu. Banyak yang perlu dikejar. Kadang kala saya rasa terlalu lelah, dengan anak-anak, tugas dan keluarga.
Insya Allah 2010 saya mensasarkan untuk lebih fokus bersama HPA.

Monday, December 14, 2009