Tuesday, November 25, 2008

Skrip Hidup

GM pernah berkata:- 'kalau nasi campur najis jadi apa?'
Ia tetap akan menjadi najis. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang negatif walaupun sedikit, ia akan mencacatkan dan memusnahkan yang positif. Contohnya begini..

Untuk menyeberangi sebuah longkang kecil, kita akan berhenti seketika. Menganggarkan jarak dan kita melangkah. Kita berjaya melangkah. Tetapi apa yang berlaku sekiranya kita perlu melangkah longkang yang sebesar 3 kaki ? Lepas atau tak lepas? Itu yang bermain-main di minda kita kan? Adakalanya kita tidak melepasi longkang dan terjatuh ke dalamnya.. adakalanya kita berjaya melangkah longkang itu. Mengapa?
Sebelum melangkah biasanya kita menganggarkan, lepas... tak lepas? lepas.. tak lepas? apabila ada yang negatif (tak lepas) ia telah mempengaruhi yang positif (lepas). Dan akibat rasa yang kurang yakin itulah kita terjatuh ke dalam longkang.

Ramai yang menganggap bahawa kehidupan merupakan apa yang sudah tertulis dan tersurat. Tidak ramai yang mengatakan bahawa sekiranya berlaku kejayaan, itu adalah kebetulan. Biasanya mereka dengan berbangga mengatakan itu adalah usaha keras yang mereka lakukan. Tetapi apa berlaku sekiranya gagal?
Hampir semua manusia menyalahkan takdir..sedangkan kegagalan banyak berlaku disebabkan kita tidak berusaha keras menjayakannya..

Menurut pakar psikologi, setiap individu mencipta skrip kehidupan masing-masing. Maksudnya dalam kehidupan sebenar, kita adalah pencipta skrip bagi diri kita sendiri. S.S Tomkins mengenalpasti 2 jenis skrip penting dalam kehidupan manusia.
  • Skrip Komitmen
  • Skrip Nuklear

Skrip Komitmen

Kita mengikatkan diri kepada satu jadual yang mampu menghasilkan ganjaran-ganjaran yang lumayan dan positif. Apabila kita mempunyai skrip komitmen, kita mempunyai objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Kita akan bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai apa yang kita cita-citakan.

Skrip Nuklear

Ia dipenuhi oleh rasa serba salah, bimbang dan tidak yakin dengan matlamat hidup. Skrip ini melibatkan konflik antara mahu dan tidak mahu, yakin dengan tidak yakin, antara takut dan berani serta bermacam-macam konflik.

Selain skrip kehidupan, faktor dalaman merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan. Abraham Maslow pakar psikologi yang yakin setiap manusia ada harga diri dan maruah yang perlu dimuliakan. Beliau yakin setiap manusia berupaya menjadi seorang yang hidup mulia. Dalam diri kita ada 5 jenis fitrah keperluan :-

  1. keperluan fisiologi (jasmani: makanan, udara, tidur, air dan sebagainya)
  2. keperluan berasa selamat dan aman
  3. keperluan sosial (merasa disayangi dan dicintai)
  4. keperluan estim (ingin dihargai, diperlukan, dihormati dan dimuliakan)
  5. keperluan self-actualization (merealisasikan apa yang dicita-citakan)

Skrip hidup banyak ditentukan oleh DIRI KITA SENDIRI. Oleh itu, kita perlu yakin untuk melakukan yang terbaik. Tidak perlu ada keraguan yang bakal merosakkan skrip hidup kita. Apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita. Berfikirlah secara waras, sebaik-baiknya dan tidak salah melakukan sedikit kajian sebelum keputusan diambil...

wassalam.

Saturday, November 22, 2008

Kami Nak Belasah

19 Nov 2008-saya terima sms dari bos:-
Tn Hj offer RM10k bg pemberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yg menghasilkan dan memasarkan kopi radix palsu. Mmg rasa nk jejak sehingga ke lubang cacing. Jom kita carik sama2. Sebarkan kepada semua pengamal Kopi Radix..

Jom Belajar Bekam





Thanx a million to bini bos- PJS Fatin. Sudi meluangkan masa mencurahkan ilmu kepada Sahabat Network. Bayangkan dengan RM50 anda bole menjadikan bekam sebagai salah satu skill merawat. Itulah hebatnya berada dalam HPA bersama Sahabat Network.

Friday, November 21, 2008

Teh Manjakani

Dalam sedih-sedih ni,bertimpa-timpa berita duka. Betullah kata orang, kalau cas kita negatif, kita akan lebih banyak menghasilkan cas-cas negatif sekiranya cas-cas ini tidak dineutralkan. Rasa macam nak menangis tp sbb tk sedih sgt, jadi tkde feel nk nangis. Saya cuba berkongsi dengan Fatin. Saranan Fatin mengejutkan saya. PIC PJS baru-baru ini, kami diberitahu oleh Tn Hj bahawa Teh Manjakani mampu membendung kesedihan..
Bergegas saya cari Teh Manjakani yang dah habis stok di Lembah Kelang. Kebetulan baru sampai di HPA Cawangan Gombak. Dapat je minum 2 sachet, hmm..kesedihan itu terus bertukar menjadi happy.. Alhamdulillah..
Cuba rasa Teh Manjakani + Kopi Radix.Hmm mmg sedap..

LaTahzan

Terbawa-bawa dengan apa yg terjadi. Namun segalanya sudah tersurat.. kalau sudsh tertulis itu bukan rezaki kita, jaga macam mana sekalipun ia tetap bukan rezeki kita.
Satu hari saya ke Wisma Kastam dengan harapan untuk servis line saya.Namun khabar yang saya terima membuatkan saya terpaksa berlari ke Perlis dengan harapan untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Terkilan yang amat sangat dengan sikap 'membujur lalu melintang sapu..'
Kronologinya begini, saya buat promosi di Wisma Kastam. Keahlian saya sponsor 50%. Ramai yang jadi ahli dan saya letakkan di bawah satu figure yg saya rasa mampu untuk dijadikan leader. Memandangkan kesibukan yang teramat sangat dengan promosi, saya hanya mampu membekalkan katalog sahaja.
Namun tanggapan saya salah. Kesilapan ini byk mengajar saya. Dlm saya mengumpulkan keahlian utk figure td, menyusun jaringan utknya, figure ini telah ke cawangan utk membeli barang.
Terkilan sekali apabila ada leader yang mencucuk utk mengisi borang sekali lagi walaupun telah diberitahu bahawa figure ini menjadi ahli.Akhirnya segala keahlian yang saya susunkan untuk figure td trmasuk terus ke jaringan leader td..
Sepanjang kesedihan itu saya berdoa semoga apa yang terjadi ada hikmahnya..
Amin.

Thursday, November 13, 2008

Ni lah Bos kita..


Salam.Tak ramai yang tau sape bos kita. Gambar ni kami ambil sewaktu PBC di Sabah. Apabila sebut saja Sahabat Network, ia menunjukkan bahawa kita berada di bawah jaringan bos, En. Hafidzan Faudzi. Memang langkah yang bijak bila kita ambil keputusan untuk berada di bawah bos.
Kalau ikut pengalaman saya, bos banyak membantu untuk membina jaringan kita. Bukan setakat idea, malah adakalanya urusan ke Sabah juga diuruskan oleh Bos. Buat semua yang baru jadi ahli, kenalilah bos dgn lebih dekat yee...
Insylh ada waktu, saya akan cerita lagi pasal bos kita.

Sunday, November 9, 2008

Jom Kumpul NilaiMata..

Rugi kalau tk ambil peluang yang HPA tawarkan. Rasanya kita tk perlu susah payah bukak kilang n ladang. Tak payah pikir langsung soal modal apatah lg menguruskan perniagaan ini. Yang penting kita pastikan semua sanak saudara, adik beradik,jiran-jiran menggunakan dan mengamalkan HPA.Insya Allah perniagaan ini akan terus kukuh. Sekukuh dan setanding perniagaan besar milik Yahudi..

Takbir!!!!

Moto Besar




Hui!! rasa gian sgt nk pakai moto besar balik.. Banyak moto besar ada kt KL skrg ni. Hari2 dok tgk smpai menitik2 airliur. Tkpe2 2009 target nak pakai moto besar balik. Rugi rasanya ada lesan moto besar tp awal2 dh resign..
Lagipun anak2 dh besar,bole kongsi skli minat yang sama.hehee..

Thursday, November 6, 2008

Abby,saya pun pernah rasa....

Terkesan dengan apa yang berlaku kepada pelakon Abby Abadi apabila beliau muncul dalam program Wanita Hari Ini tengah hari tadi. Sama dengan apa yang berlaku pada saya lebih kurang 5 tahun dulu. Cuba saya tahan airmata ini dari mengalir,tapi saya tk mampu.. saya pernah rasa apa yang Abby rasa. Hampir ada kesamaan..
Kepercayaan dan kebebasan pada suami, sehingga menggadaikan hak kita sendiri akhirnya bawa padah. Tk pernah ada rasa kesian pada isteri yang sggup bertungkus lumus membantu membina keluarga yang sempurna. kalau tkde rasa sayang pada isteri sekurang-kurangnya pikirlah anak-anak..Saya sokong tindakan Abby menarik diri terus dari perkahwinan. Untuk apa berlakon seolah-olah kita bahagia sedangkan kita terlalu menderita.
Kes ini mengingatkan saya pada kegagalan rumahtangga saya. Terlalu dekat kerana ia sama dengan kronologi saya..bercerai pada tahun ke tujuh perkahwinan pada usia yang hampir sebaya.

pada Abby, kita sebenarnya boleh terima orang ketiga sekiranya ia dilakukan dengan penuh diplomasi.Cuma kita terkejut apabila segala pengorbanan kita, tk sekelumit pun di kenang. Banyak keperluan kita yang tk mampu disempurnakan dan segalanya kita telan tanpa merungut.
Buat lelaki bernama Norman dan Sharon:-
mungkin kami tk mampu berikan kebahagiaan yang diimpikan. melepaskan ikatan perkahwinan ini bukan kerana cinta itu pudar tapi kerana kami terlalu cinta sehinggakan kami rela korbankan cinta kami demi kebahagiaan tersayang..